Langgan

Patek Pillippe Membuka Pintu di The Starhill Bersama Cortina Watch

Prinsip warisan bertemu keangungan seni bina berprestij.
1 minit untuk membaca
Published: June 18, 2026

 

 Meneruskan kelangsungan sebuah legasi dunia cipta arloji yang penuh keterujaan, Cortina Watch membawakan sebuah lagi pembukaan butik baru Patek Philippe di The Starhill. Bernadi sebagai sebuah kerjasama bersejarah yang menandai jalinan warisan dan prestij dua jenama gergasi dunia mewah jam tangan.

Dengan keluasan sebesar 312 meter persegi, butik ini menjadi tarikan terbaru Bukit Bintang yang sentiasa sibuk dengan kunjungan orang awam sama ada masyarakat setempat sehingga pelancong luar negara. Apa yang menjadikan ia lebih istimewa, ini merupakan butik Patek Philippe terbesar di Asia Tenggara.

Seni Bina Berteras Cahaya

Pembinaan butik dengan fasad luar setinggi 12.6 meter menjadi identiti utama pada seni binanya. Struktur tersendiri ini menampilkan corak kompleks dalam ilham gaya Kirigami. Pada waktu siang, reka bentuk tersebut membolehkan cahaya semula jadi menembusi ruang yang ia mewujudkan permainan bayang dan cahaya yang mempesonakan.

Menjelang malam pula, pencahayaan cove terbina dalam menyerlahkan ritma arca pada fasad tersebut. Sebuah jam dwi-muka yang dipasang di bahagian luar menjadi satu simbol eksklusif warisan agung jenama Patek Philippe yang diperakui akan kredibiliti penciptaan yang cukup tinggi.

Patek Pillippe di The Starhill Bersama Cortina Watch

Ruang butik dengan susun atur yang diselaraskan mengikut konsep menjadikan setiap sisinya memiliki fungsi tersendiri. Bahagian bawah disediakan ruang meneroka koleksi jam tangan yang ada di sini manakala turut disediakan adalah The Dining Suite yang membolehkan setiap pengunjung menikmati hospitaliti yang disediakan.

Bilik provasi untuk VIP turut disediakan yang diinspirasikan dengan dekorasi perpustakaan yang cukup selesa. Ruang sosial bagi acara khas dilengkapi dengan lounge juga bar yang cukup ideal buat sekumpulan tetamu dalam kumpulan kecil untuk acara penuh intimasi.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down