Langgan

Parmigiani Fleurier Perkenal Tonda PF Yang Baru

Pesona baru dunia arloji
1 minit untuk membaca
Published: July 27, 2026

TONDA PF Automatic 36mm Soft Violet SHH Edition, menjadi penciptaan eksklusif hasil kerjasama Parmigiani Fleurier dan Sincere Fine Watches. Terhad kepada hanya 50 unit, edisi istimewa ini menampilkan interpretasi baru yang cukup sofistikated bagi koleksi kontemporari ikonik Maison menerusi kemasan dail Soft Violet yang elegan.

Terhasil daripada kejayaan Toric Petite Seconde SHH Taiwan Edition, rona Soft Violet menyerlahkan karakter baru yang tersendiri pada TONDA PF Automatic 36mm. Bernadi sebagai pentafsiran tona yang mewah dengan visual yang menyerlah mencipta sesuatu yang cukup sofistikated.

Dialog Warna dan Cahaya

Diilhamkan yang dikaitkan dengan kemakmuran, prestij dan kemuliaan, dail ungu diterjemahkan menerusi reka bentuk identiti Parmigiani Fleurier. Ia menciptakan ekspresi yang anggun, kontemporari dan kekal relevan merentas masa.

Dihiasi dengan kemasan Grain d'Orge guilloché yang menjadi identiti Maison, dail ini dihasilkan dengan ketelitian tinggi bagi mewujudkan tekstur, dimensi dan kedalaman visual yang mempesonakan. Apa yang ditawarkan adalah satu permukaan yang bercahaya dengan perincian yang cukup halus.

Spektrum rona ungu pekat, biru dingin dan lembayung lavender yang lembut, mengingatkan kepada pancaran warna ungu yang seketika menghiasi langit senja.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down