Langgan

Orbit Baru Penciptaan BR-05 daripada Bell & Ross

Sentuhan kontemporari
1 minit untuk membaca
Published: April 1, 2026
Bell & Ross BR-05 Blue Diamond Eagle.

Dihasilkan dengan prinsip baru, Bell & Ross BR-05 Blue Diamond Eagle menjadi penciptaan cukup kontemporari dan halus. Dicipta sebagai penegasan elemen feminin yang datang dalam saiz 36mm cukup berkarakter dan penuh simbolik.

Bermain dengan kontras, BR-05 yang terbaru ini menggabungkan penciptaan geometri bersegi yang dengan dail bulat. Ia diinspirasikan daripada perhiasan bagi menyerlahkan sisi lembut pada penciptaan BR-05 yang sinonim dengan maskuliniti sebelum ini.

Menggugah ilham baru ini, dail dengan latar langit malam berserta tujuh butir berlian yang disusun mengikut kedudukan tepat buruj yang membentuk siluet seekor burung helang yang merentasi langit malam di kehangatan musim panas.

Penciptaan dail yang diilhamkan daripada ilusi langit malam

Simbol Keberanian Helang

Meneliti penciptaan terbaru ini, apa yang begitu mencuri perhatian adalah penciptaan dail yang diilhamkan daripada ilusi langit malam yang melekakan. Tiga bintang sejajar yang secara lazimnya terlihat pada setiap musim panas di hemisfera utara.

Altair (yang namanya berasal daripada bahasa Arab al-nasr al-ṭā’ir, bermaksud “helang yang terbang”) menjadi bintang paling terang dalam buruj. Dengan sayap yang terbentang luas, helang menjadi lambang epitome Zeus dalam mitologi Yunani. Ia sebuah perkaitan langit dan manusia yang juga menjadi simbol sempurna kepada DNA Bell & Ross yang diinspirasikan oleh dunia aeronautik.

Buruj helang yang ditafsir dengan tatahan berlian mencerminkan identiti khas Bell & Ross iaitu satu rujukan cukup elegan kepada penaklukan langit. Ia sekali gus melambangkan kekuatan, kebebasan dan keupayaan untuk terbang lebih tinggi dan melangkah lebih jauh seiring keupayaan penciptaan.

 

ADVERTISEMENT
Topics:
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down