
Meneruskan kelangsungan penciptaan Color Blossom, jenama Louis Vuitton memperkenalkan penciptaan kini jam tangan yang menjadi satu lagi momen penting koleksi ikonik ini. Datang dengan identiti berciri khas direka sebagai ekspresi rona, eleman rekaan dan komposisi unik. Apa yang terhasil adalah satu ilham baru dunia arloji yang menyatu dengan kepakaran seni pembuatan jam tangan.
Satu keseimbangan rekaan tercipta di antara penciptaan barang kemas berprestij dengan kepakaran arloji. Logo monogam Louis Vuitton yang cukup ikonik menjadi sebahagian dedikasi penciptaan dalam meraikan ulang tahun ke 130 tahun. Diperkenalkan pertama kali pada tahun 1896 oleh George Vuitton sebagai satu penghormata buat bapanya.
Sebagai ikon rumah fesyen yang sinonum dengan dan simbol kreativiti sejagat, motif ini diolah sepanjang 130 tahun ini sebagai penciptaan yang melangkaui penciptaan fesyen, beg tangan sehingga aksesori mewah.
Ikon Baru Louis Vuitton
Ekspresi baru monogram kini diperkenalkan menerusi debut jam tangan Color Blossom, yang hadir dengan bekas berbentuk bunga matahari Monogram Flower bersaiz 26mm. Ia disempurnakan dalam empat versi keseluruhan dengan dail mother of pearl.
Identiti Cherry Blossom yang sinonim dengan warna-warna terang diterjemahkan menerusi model kedua dengan dail mother-of-pearl putih bernuansa merah jambu pada sarung emas merah jambu, dipadankan dengan tali merah jambu lembut.
Matthieu Hegi, Pengarah Artistik di La Fabrique du Temps Louis Vuitton berkata idea di sebalik penciptaan ini adalah untuk menghasilkan jam tangan yang berfunsi sebagai barang kemas yang sempurna bagi melengkapkan siluet sedia ada.
“Kami ingin mentafsir semula koleksi barang kemas ikonik ini dalam bentuk jam tangan wanita yang memiliki semangat barang kemas,” katanya. “Dengan penggunaan dail mother-of-pearl atau batu juga tatahan permata, ia turut menampilkan elemen cukup mewah semula jadi yang mentafsir koleksi Color Blossom dengan sempurna.”

