Langgan

Kolaborasi Unik ZENITH bersama USM Modular Furniture

Legasi berterusan.
1 minit untuk membaca
Published: September 8, 2025
Koleksi ZENITH DEFY ini hadir dalam empat rona dail berbeza.

Bagi meneruskan sebuanh kelangsungan pada penjenaam dalam sebuah sejarah, ZENITH berkolaborasi bersama USM Modular Furniture bagi penciptaan terbaru DEFY. Dua ikon dari Switzerland ini bergabung buat pertama kalinya bersempena Geneva Watch Days.

Hasilnya adalah pentafsiran semula yang belum pernah disaksikan terhadap model DEFY sebelum ini. Kini ia diperkenalkan sebagai kronograf yang datang dalam kotak khas jam tangan USM Haller yang direka secara eksklusif bagi koleksi ini.

Tercipta daripada semangat di era 1960-an, koleksi kapsul yang cukup eksklusif ini meraikan sebuah pentafsiran inovasi dalam rekaan. DEFY Chronograph USM menghidupkan kembali kreativiti abadi dengan empat dial mempesona yang diinspirasikan daripada rona ikonik USM.

Setiap satunya menggunakan teknologi gerakan legenda El Primero. Apa yang lebih menarik tentang kolaborasi ini adaah ia terhad hanya kepada 60 unit bagi setiap warna di seluruh dunia.

Bekas istimewa ciptaan USM Modular Furniture.

Dipatenkan pada tahun 1965, sistem perabot modular USM Haller menjadi ikon gaya hidup moden. Dihasilkan oleh tiub keluli bersalut krom dengan bebola penghubung serta panel logam berwarna. Penciptaan ini kekal sebagai sesuatu yang menzahirkan kejelasan, kepelbagaian dalam penggunaan dan rekaan menawan.

Setelah berdekad lamanya, keupayaannya untuk berevolusi serta membangkitkan ekspresi kreatif masihditeruskan menerusi legasi dan inovasi ZENITH. DEFY Chronograph USM dipersembahkan dalam pakej bekas keluli tahan karat berdiameter kompak 37.3 mm yang setia kepada geometri berani DEFY asal.

Bentuk oktagon itu diperhalusi dengan bezel 14 sisi, manakala penolak kronograf bergaya pam menambah siluet bernuansa vintaj. Jam tangan ini dipadankan dengan gelang ikonik “ladder”, yang asalnya direka pada tahun 1969 oleh syarikat ternama Gay Frères, khusus buat ZENITH. Ketahanan air dinilai pada 10 ATM, melengkapkan kekukuhan yang setara dengan integriti rekaannya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down