Jaeger-LeCoultre Memperkenalkan Olivecoat, seorang pelukis komik yang membawakan aspirasi kreatifnya menerusi program Made of Makers. Menerusi penghasilan komik web ini Olivecoat menelusuri arkib jenama ini bagi menghidupkan semula kisah Reverso.
Satu sentuhan kontemporari diberikan bagi menghidupkan naratif yang disusun dengan pendekatan cukup moden. Hal ini seiring dengan visi jenama ini dalam memberi nadi baru naratif warisan sebagai sebuah pengalaman visual yang mengsayikkan.
Komik web Reverso ini datang dengan penceritaan yang menampilkan sisi Reverso sebagai penciptaan yang memikat, elegan dan pada masa yang sama utuh sebagai satu penghasilan jam bermutu. Ini merupakan usaha Jaeger-LeCoultre dalam menghidupkan Reverso ke dunia digitalisasi.

Olivecoat merupakan seorang artis komik web berasal dari Cebu, Filipina pernah meraih pengiktirafan antarabangsa melalui gaya seni halus dan penceritaan yang kuat. Dia mula melukis untuk meneroka emosi dan mencipta ruang yang selamat.
Selepas sedekad melibatkan diri dalam bidang reka bentuk dalaman, dia kembali meneruskan kelangsungan minat terhadap komik web berjudul 'Honbarian' pada tahun 2021. Baginya penceritaan melebihi skil. Ia adalah cara untuk berhubung, merenung dan menyerlahkan sisi sebenar manusia.
Olivecoat dalam siaran media berkata "Saya suka menonton rancangan yang memiliki dinamik antara watak nyata seperti manusia sebenar dan bukan sekadar watak yang direka di atas kertas. Saya rasa itulah yang mendorong saya dalam berkarya."
Komik web Reverso boleh mula dibaca menerusi laman web rasmi Jaeger-LeCoultre
