
Pemain tenis dunia, Jannik Sinner mencipta kejayaan menjadi pemain tenis lelaki yang berjaya musim ini sebagai kemenangan ketiga baginya. Jannik merupakan bakat kelahiran program Rolex Testimonee yang menunjukkan prestasi cemerlang pada acara Australia Open tahun ini yang berlangsung 26 Januari lalu.
Kejayaan Jannik disaksikan 15 ribu penonton yang memenuhi Rod Laver Arena semalam. Beriring kemenangan 6-3, 7–6, 6–3 dalam masa 2 jam 42 minit yang meneruskan kemenangannya di Brookes Challenge Cup buat tahun kedua. Rolex menjadi jenama yang cukup menyokong perkembangan sukan tenis sejak lebih sedekad lalu menjadi Official Timekeeper acara Australia Open pada tahun 2008.

TESTIMONEE ROLEX
Jannik Sinner yang mula menjadi sebahagian daripada program Testimonee Rolex sejak tahun 2020 berkata "Ini merupakan perasaan yang cukup menakjubkan bersama pasukan saya. Kemenangan di Grand Slam cukup istimewa dan sokongan yang saya dapat begitu padu daripada semua pihak."
Menurut Jannik Sinner lagi, "Kali pertama saya menyarung Rolex ketika di Australia dan saya begitu berbangga diberi peluang untuk sekali lagi berada di posisi ini." Untuk rekod, Sinner menjuarai kejohana Australian Open mengikut jejak Rolex Testimonee yang lain termasuk Chris Evert, Stefan Edberg, Jim Courier, Roger Federer, Justine Henin, Li Na, Angelique Kerber dan Caroline Wozniacki.