Langgan

Interpretasi Baru Vacheron Constantin

Sebuah pentafsiran baru Haute Horlogerie
1 minit untuk membaca
Published: December 5, 2025
Vacheron Constantin Traditionnelle Perpetual Calendar Ultra-Thin

 

Vacheron Constantin memberi penghormatan kepada legasi panjangnya dalam seni pertukangan halus dan savoir-faire teknikal menerusi tiga interpretasi terkini Traditionnelle Perpetual Calendar Ultra-Thin.

Ilham baru ini ditampilkan dengan bekas berukuran 36.5 mm dengan ketebalan 8.43 mm. Dua model tersedia iaitu emas merah jambu 18K 5N dan balutan emas putih 18K yang menjadikan ia jam Traditionnelle tanpa tatahan permata pertama yang ditawarkan dalam saiz ini.

Menjadikan terampilan terbaru ini semakin istimewa sebuah lagi lagi model emas putih 18K dengan bezel bertatahkan berlian.

Tradisi Haute Horlogerie Vacheron Constantine

Cukup dihargai di kalangan pengamat Haute Horlogerie klasik atas kod estetiknya yang halus serta keunggulan teknikalnya, koleksi Traditionnelle sarat dengan semangat pembuatan jam tinggi abad ke-18 yang menjadi teras utama identiti Vacheron Constantin sejak diperkenalkan pada tahun 1755.

Dicipta dengan estetika seni yang berteras fungsi, pesona penciptaan jam tradisional ini ditafsir sebaiknya ke dalam kod reka bentuk kontemporari. Apa yang terhasil adalah sesuatu yang cukup elegan dan menyerlahkan ia sebagai satu penciptaan baru.

Reka bentuk dail memberi satu keseimbangan pada rekaan dan pembolehbacaan yang jelas. Ia dilengkapkan dengan trek minit seakan rel kereta api juga jarum Dauphine yang bersegi. Penanda jam gaya baton emas yang diaplikasikan mencipta sesuatu yang klasik untuk masa depan.

 

 

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down