Di pergelangan tangan, Royal Oak Offshore menjadi simbol keberanian tanpa bergantung semata-mata pada komplikasi berintensiti tinggi. Koleksi ini telah membentuk satu identiti tersendiri dalam dunia Haute Horlogerie yang ditakrifkan menerusi perkadaran yang utuh, penciptaan teknikal serta penggunaan bahan seperti getah yang berinovasi, koleksi ini terus menzahirkan semangat berani yang membezakannya daripada yang lain.
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1993, Royal Oak Offshore tercetus di era eksperimentasi kreatif. Ia mentakrifkan semula kod pembuatan jam tangan sporty ini dalam ilham mewah menerusi reka bentuk yang berani. Bergerak sebagai cerminan optimisme serta dinamik di era tersebut, ia membentuk identiti baru yang lebih berani dan menawan.
Tahun ini, koleksi ini menampilkan evolusi tersendiri menerusi pemilihan bahan berteknologi tinggi yang mencipta sesuatu yang lebih harmoni. Disepadukan dengan estetika kontemporari serta kepakaran teknikal yang diperhalusi, jam tangan ini utuh pada karakter serta keupayaannya dalam memberi satu pentafsiran baru yang beridentiti. Apa yang menjadikan ia lebih unik adalah vesatiliti dalam membentuk dinamik baru gaya hidup hari ini.
Penciptaan Kini Royal Oak Offshore
Royal Oak Offshore Selfwinding Chronograph menyatukan teknologi pembuatan jam tangan yang cukup canggih dengan ketelitian warisan seni ketukangan horologi. Dalam diameter 43mm, jam tangan ini menggabungkan seramik Bleu Nuit, Nuage 50 bersama seramik hitam dan titanium bagi menciptakan estetika kontemporari namun masih kekal pada indentitinya.
Warna ikonik Manufacture yang diperkenalkan pada 2025 bersempena sambutan ulang tahun ke-150 Audemars Piguet menjadi tumpuan utama. Ia dipadankan dengan dail Méga Tapisserie rona beige yang menyerlahkan keanggunannya. Penyatuan bahan yang ringan dengan penciptaan yang utuh mengukuhkan lagi keseimbangan bagi koleksi di antara prestasi, ketahanan dan ilham reka bentuk.
Royal Oak Offshore turut menampilkan sisi yang lebih ekspresif menerusi ciptaan berdiameter 42mm menjadi elemen penting yang menyerlahkan karakter koleksi. Terinspirasi daripada semangat musim panas, salah satu model menggabungkan bekas keluli tahan karat dengan dail hitam yang diserikan sentuhan rona merah jambu, mencipta kontras tersendiri dengan latar garisan seni bina ikonik koleksi ini.
Interpretasi kedua tampil dengan pendekatan yang lebih teknikal, menerusi bekas titanium yang dipadankan dengan dail kelabu serta perincian kuning dan biru yang lebih berani. Melengkapkan rangkaian tiga model, estetika monokromatik disuntik dengan esen jingga terang bagi menghasilkan tafsiran segar dan kontemporari terhadap identiti Royal Oak Offshore yang sememangnya sukar disangkal.
Semangat kembara diteruskan lewat koleksi ini menerusi penciptaan Royal Oak Offshore Diver. Diperkenalkan dalam saiz 42mm dengan prestasi teknikal yang kuat dengan daya tarikan visual. Diver hadir dalam tenaga berbeza dengan pemilihan palet warna yang lebih beragam ia teguh sebagai penciptaan yang begitu teliti terhadap seni ketukangan.
Pemilihan tali getah yang boleh ditukar ganti menambahkan lagi versatiliti pada penghasilannya. Ia membenarkan pengguna menyesuaikan penggayaan mengikut aktiviti tertentu. Rona turquoise tampil sebagai interpretasi yang menyuntik karakter cukup segar dan bertenaga. Apa yang terhasil adalah satu karakter baru yang menghidupkan nadi Royal Oak Offshore Diver.
Menerusi rangkaian ciptaan terbaru ini, Royal Oak Offshore terus meneroka sempadan baru dalam dunia pembuatan jam tangan sporty mewah dan kontemporari. Daripada penggunaan bahan inovatif dan pilihan warnayang berani yang mencipta ketepatan teknikal, setiap jam tangan mencerminkan pencarian berterusanAudemars Piguet terhadap inovasi dan kekal dengan semangat tersendiri yang telah menjadi identiti koleksi ini sejak 1993.

Terokai ciptaan terkini Royal Oak Offshore di butik Audemars Piguet di The Starhill.

