Langgan

Dinamik Waktu Bertemu Kreativiti

Ilham kreatif dunia arloji
1 minit untuk membaca
Published: January 27, 2026

Penciptaan aksesori mewah berilhamkan zodiak tahun baru Cina sentiasa menjadi sesuatu yang mencuri perhatian. Tahun ini kuda menjadi cabaran buat sebuah penciptaan berteras kreativiti.

Ibarat sebuah penciptaan mahakarya seniman terdahulu, VACHERON CONSTANTIN meramu ilham berteras zodiak kuda tahun ini pada dail yang dicipta. Métiers d’Art The Legend of the Chinese Zodiac.

 

Menyerap semangat kuda, PIAGET Altiplano Zodiac Horse Edition menjadi kemuncak pada penciptaan kreatif maison. Bersulam tatahan permata, imej kuda diukir dalam pesona biasan biru. 

 

DIOR memberi ilham sebuah taman khayalan dalam dominasi rona pastel yang melekakan. Kreativiti penciptaan Grand Soir Year Of The Horse datang dengan tatahan permata bezel menambah ilham mewah dan feminin. 

 

Dedikasi IWC SCHAFFHAUSEN terhadap seni diteruskan dengan penciptaan Portugieser Automatic 42 Year of the Horse. Rotor yang mampu dilihat daripada bahagian belakang jam tangan diberi sentuhan mewah rekaan berbentuk kuda dalam rona emas. 

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down