Langgan

Chopard Berlabuh di Taman Mimpi

Di bengkel cipta Haute Joaillerie Chopard, termetrai ilham baru berbunga mekar
1 minit untuk membaca
Published: April 29, 2026
Koleksi Caroline's Garden, Chopard

Penciptaan tertinggi barang kemas mewah Chopard diteruskan dengan pengenalan serba baru Caroline's Garden.  Himpunan ciptaan yang penuh warna ini membawa kita melangkah ke dalam dunia Caroline Scheufele, iaitu Pengarah Artistik maison Chopard yang diilhamkan daripada alam semula jadi.

Lebih daripada sebuah koleksi biasa, Caroline’s Garden menjadi satu perjalanan dan penghormatan terhadap keindahan alam semula jadi dan emosi yang diserap daripada semangatnya.Setiap permata berisi cerita yang penuh jiwa dan ia diibaratkan bagai berada di taman mimpi yang mana warna, sifat dan kilauannya menyatu sebagai sebuah penciptaan sempurna. Di utopianya, Caroline’s Garden diperincikan dengan cocktail rings yang direka denagn penuh warna berinspirasikan bunga.

Ciptaannya ibarat kuntuman bunga yang mekar dengan tatahan batu permata dalam rona beragam seperti biru nilam, hijau zamrud dan jingga antaranya. Disepadu dengan menggunakan teknik scalloping yang cukup unik dalam memastikan mekanismenya memenuhi kehendak penciptaan. 

Hasilnya yang cukup bersih dan sempurna ini pastinya dizahirkan penuh teliti oleh tenaga pakar maison yang cukup berpengalaman. Kreativiti dan ketelitian menghasilkan koleksi ini dituntut bagi memastikan setiap satunya terhasil mengikut piawaian yang telah ditetapkan maison. 

Melengkapkan Caroline’s Garden sebagai sebuah penciptaan ulung Chopard, subang dihasilkan dengan nada serupa bagi melengkapkan ia sebagai satu koleksi yang ikonik. Dihasilkan menggunakan material titanium yang dihiasi berlian multi-rona. Ibarat kelopak bunga yang hidup dalam penyatuan kreatif dunia aksesori, ia mentafsir keindahan alam semula jadi dengan cukup tersendiri. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down