Tidak tahu hendak buat dan ke mana hujung minggu ini? Ayuh ajak teman-teman juga keluarga ke Sephora Cafe di Kuala Lumpur. Tahukah juga bahawa ini merupakan kafe Sephora yang pertama di Asia Tenggara! Apa tunggu lagi, sambil membeli-belah, sambil duduk santai menikmati hidangan pastri dan kopi!
Dengan kerjasama Trio Bakehouse, Sephora Malaysia memperkenalkan Sephora Cafe yang pertama di Asia Tenggara! Menyediakan pengalaman unik selama 6 bulan bermula 1 Disember 2024 hingga 31 Mei 2025, kafe ini adalah tempat yang sempurna untuk berehat selepas sesi membeli-belah kecantikan yang menyeronokkan di Sephora. Menawarkan hidangan eksklusif seperti Flower Bloom (berharga RM22), sebuah petit gateaux yang dibuat dengan kompot epal serai, mousse melati, jeli serai dan biskut vanilla sable, pasti akan memanjakan lagi selera anda!
Selain itu, anda juga harus mencuba donat Sephora Special yang cukup gebu (berharga RM12) diisi dengan pati pic vanila dan chantilly kacang vanila, jika anda singgah di sini. Untuk pengetahuan anda, Trio Bakehouse adalah merupakan sebuah kedai kek yang bertempat di IF ONLY di mana mereka ini dikhususkan dalam pembuatan kek, pastri choux, donat, petit gateaux serta banyak lagi. Ajak teman-teman serta keluarga tersayang untuk bersantai di Sephora Cafe yang bertempat di luar Sephora Fahrenheit 88 hari ini!