Langgan

Omorovicza - Dari Budapest ke Kuala Lumpur

Sumber semulajadi bertemu kepakaran sains.
2 minit untuk membaca
Published: March 17, 2026

Omorovicza percaya sumber mineral menjadi bahan utama yang penting dalam memulih dan memperbaik struktur kulit secara semulajadi. Dengan teknologi ia bertumbuh sebagai sebuah evolusi penciptaan yang membentuk satu formula baru bagi sebuah kelangsungan produk kecantikan yang diyakini serta diperakui.

Ini hal yang menjadi fokus jenama Omorovicza dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan. Percaya dengan matlamat mendapatkan manfaat daripada bahan aktif yang ada. Baru-baru ini pengasas jenama Stephen de Heinrich singgah ke Kuala Lumpur berkongsi cerita tentang rangkaian produk ini.

"Bagi yang masih baru mengenal jenama ini saya suka untuk menjelaskan Omorovicza adalah produk yang berasaskan mineral asli, diuji secara klinikal dan setiap produk yang kami hasilkan berasaskan Healing Concentrate™ yang memperbaiki keteguhan, keanjalan dan kelembapan kulit." Bualnya saat ditanya tentang apa yang Malaysia perlu tahu tentang jenama ini.

Omorovicza Acid Milk

Stephen turut berkongsi tentang falsafah jenama ini. "Idea asalnya adalah untuk menyatukan sains dan alam semulajadi dalam satu rangkaian produk penjagaah wajah yang lengkap dengan ujian klinikal." Tambahnya lagi "Kami sentiasa mahu kekal pada idea mineral semulajadi yang disatukan dengan kepakaran sains dalam membentuk setiap produk yang dikeluarkan."

Bersempena kehadiran Stephen di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia membawa visi baru Omorovicza menerusi rangkaian Acid Milk. Produk yang menggabungkan keupayaan pengelupasan berdaya tinggi dengan penyerapan dalam satu langkah yang lembut ini berfungsi dalam memberi perubahan menyeluruh.

Omorovicza di Park Hyatt

Menjadikan kunjungan jenama ini ke Kuala Lumpur, satu majlis penuh intimasi diadakan bersama kehadiran selebriti tempatan seperti Siti Saleha, Sweet Qismina, Sarah Lian, Elvina, Eyka Farhana dan beberapa lagi turut serta dalam mengenali lebih dekat jenama ini.Rangkaian lengkap produk Omorovicza juga kini digunakan di The Spa, Park Hyatt selain turut dijual di semua cawangan KENS Apothecary.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down