Dalam era kecantikan yang serba pantas, press-on nails kembali menjadi kegilaan. Namun kali ini, bukan lagi seperti versi lama yang mudah tanggal dan kelihatan plastik. Generasi baharu press-on nails hadir dengan rekaan yang begitu realistik, sehingga ramai menyangka ia adalah acrylic nails yang dibuat di salon.
Mengapa Press-On Nails Semakin Popular?
Hasil Kelihatan Premium
Jenama-jenama baharu kini menampilkan bentuk, tekstur dan kemasan yang hampir seakan sama seperti acrylic salon. Dari almond, coffin, hingga short square, semuanya direka dengan ketebalan dan finishing yang tampak profesional.
Cepat & Mudah Dipasang
Tidak perlu duduk di salon selama berjam lamanya. Pess-on nails boleh dipasang dalam kurang 10 minit! Sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk, terutama yang memerlukan instant glow-up sebelum acara penting.
Pilihan Rekaan Mengikut Trend Semasa
Sama ada chrome, milky white, Korean blush nails, cat-eye, atau glazed donut look ala Hailey Bieber, semuanya mudah didapati dalam bentuk press-on.
Mesra Bajet & Tidak Merosakkan Kuku
Berbanding acrylic atau gel extension, press-on nails lebih mampu milik dan tidak memerlukan proses pengasahan yang boleh menipiskan kuku.
Apa Yang Membuat Press-On Kini Kelihatan Begitu Realistik?
Bahan Berkualiti Tinggi
Penggunaan soft gel dan resin premium memberikan rupa yang lebih natural dan tahan lama.
Kemasan Seperti Salon
Banyak jenama kini memberikan hand-painted effect, gradient halus, dan 3D embellishments yang sukar dibezakan dari hasil profesional.
Teknologi Pelekat Baharu
Adhesive tabs dan glue generasi terkini memberikan cengkaman kuat tanpa merosakkan kuku ketika ditanggalkan.
Cara Memakai Press-On Nails Supaya Kelihatan Seperti Acrylic Salon
- Kemas dan bersihkan kuku sebelum memasang.
- Buff permukaan kuku sedikit untuk membantu pelekat tahan lebih lama.
- Pilih saiz kuku yang paling tepat (ini kunci untuk tampak natural).
- Gunakan gam untuk tahan lebih lama (5–10 hari), atau adhesive tabs untuk pemakaian singkat.
- Tekan setiap kuku selama 10–15 saat untuk memastikan ia melekat sempurna.
Antara Jenama Press-On Nails Yang ELLE Suka!
Kredit foto utama: @kuroniji.space

