Langgan

Bicara ELLE Bersama Sofea Shra

Mari ketahui lebih lanjut tentangnya di sini!
2 minit untuk membaca
Published: January 13, 2025
sofea shra
Gambar: Instagram/ @sofeashra

Gadis pempengaruh digital, Sofea Sha sentiasa bersemangat untuk berkembang dan memperbaiki dirinya! Sofea teruja dengan apa yang 2025 bakal bawa untuknya dan percaya bahawa segalanya boleh dicapai asalkan meletakkan hati dan minda.

Cara anda bersantai selepas hari yang sibuk?
Meluangkan masa dengan anak perempuan rakan baik saya. Sejak dia dilahirkan,  saya sering menantikan masa untuk berjumpanya, terutama sekali bila saya rasa tertekan dengan kerja. Dia buat saya gembira.

tiktoker @isabellrrose
Inspirasi buat Sofea, tiktoker @isabellrrose

Influencer yang memberi inspirasi kepada anda dan anda sering lihat?
@isabellrrose di TikTok! Dia adalah pempengaruh kecantikan yang menghasilkan pelbagai jenis solekan termasuklah solekan FX. Saya ingin menawarkan kepelbagaian yang sebegitu dalam content saya.

Perkara pertama yang anda buat setiap pagi, sebaik bangun daripada tidur?
Membuat secawan kopi di sudut kopi kegemaran di rumah… Itulah perkara yang membuatkan saya ingin bangun dari katil. Saya tahu tidak sihat dan saya sedang berusaha untuk mengubahnya. 

album changes
Album Changes oleh Justin Bieber

Apakah album lagu atau penyanyi kegemaran yang anda sering mainkan?
Setiap bulan album kegemaran saya berubah. Dua bulan lepas ‘Be’ oleh BTS. Bulan lepas pula, lagu-lagu Bollywood dan bulan ini, ‘Changes’ oleh Justin Bieber. Muzik adalah subjektif dan saya suka hampir semua muzik, tanpa kira genre atau artis kegemaran.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?
Saya selalu ingin bermain ski dan snowboarding. Jadi mungkin New Zealand? Atau Hokkaido, Jepun?

Apakah comfort food yang mampu menggembirakan anda?
Chicken Krapow dari Boat Noodles. Saya boleh makan setiap hari tanpa bosan. Nasi, telur dan ayam – itulah comfort food saya.

sofea shra streetwear
Fesyen streetwear yang menjadi obsesi Sofea masa kini

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi sekarang?
Streetwear! Dulu saya fikir tidak sesuai dengan penampilan bertudung. Tapi kebelakangan ini, saya mula bereksperimen dengan fesyen streetwear dan saya obses!

Aplikasi atau alat digital yang paling banyak membantu anda dalam membuat content?
My smartphone. Walaupun selalu beli alat viral,  saya tetap kembali ke telefon. Penat untuk bawa banyak barang dan saya lebih suka beg bersaiz mini yang ruangnya terhad - hanya bawa telefon, powerbank, cable, makeup touch-ups, dompet, earphone dan kamera digital.

Apakah produk kecantikan yang anda suka sekarang dan mengapa?
Highlighters! Dulu saya rasa bukan untuk saya dan suka look solekan pusam. Tapi lepas bandingkan solekan sendiri dengan solekan profesional, saya sedar selama ini rutin itu yang hilang. Kini, saya tak boleh henti mengenakannya dan faham kenapa ramai yang suka.

‘Too much information’ yang anda boleh kongsikan?
Saya boleh pakai berus mekap tanpa mencucinya selama sebulan. Menggelikan dan memalukan! Saya tidak sarankan untuk kongsi berus dan saya sendiri tidak benarkan orang lain guna berus saya, bukan kedekut tapi kesian hahaha.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down