Gambar: @khadijameor / instagram
Masih ingat dengan Sofea Jane, aktres veteran yang pernah menjadi idola setiap wanita pada zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu? Kini, kehadiran anaknya yang anggun di industri fesyen dan kecantikan, Khadija Meor, mula mencuri perhatian ramai! Dengan gayanya yang tersendiri, Khadija bukan hanya mewarisi kecantikan ibunya, tetapi dia juga mula mengukir namanya dalam dunia kecantikan lokal hari ini. Menjadi inspirasi kepada ramai anak muda, Khadija sering dilihat berkongsi tip kecantikan serta teknik solekan yang menjadi rujukan ramai. Daripada makeup yang flawless hingga penjagaan kulit yang efektif, Khadija terus menjadi sumber inspirasi bagi wanita yang ingin tampil anggun dan yakin sepertinya!
Rutin kecantikan dan kesihatan apa yang anda amalkan sepanjang tahun 2024 dan anda rasakan itu adalah rutin terbaik sepanjang tahun ini?
Sepanjang 2024, saya mula mengamalkan rutin skincare yang lebih minima selepas pernah menghadapi masalah jerawat hormon. Cuci muka, toner, pelembab dan sunscreen di waktu siang โ itu sahaja! Selain itu, saya juga mula fokus pada pengambilan vitamin dan suplemen seperti kolagen, probiotik, dan minuman kecantikan (air klorofil dan matcha). Semua ini buat saya rasa lebih bertenaga dan kulit pun makin glowing!
Ada sebarang trend kecantikan yang memberi inspirasi kepada anda tahun ini?
Tahun ini, saya mula jatuh cinta dengan trend kulit dewy dan glazed. Walaupun berdepan dengan jerawat hormon, saya mula tampil lebih yakin keluar tanpa mekap dan hanya memfokus pada kulit yang glowing. Ia buat saya rasa lebih empowering. Selain itu, saya juga mula amalkan rutin tech-free sebagai rutin self-care. Bekerja dalam dunia media sosial ini sebenarnya sangat susah untuk disconnect dengan teknologi, jadi setiap malam saya akan tukar daripada menghabiskan masa dengan telefon, saya akan membaca buku atau menulis jurnal. Perubahan kecil ini memberi keseimbangan dan ketenangan dalam hidup saya.
Adakah anda jumpa produk, perkhidmatan atau alat kecantikan yang jadi game-changer untuk anda tahun ini?
Mula-mula sewaktu saya berdepan dengan masalah jerawat hormon, saya mula mencuba pelbagai rawatan wajah, tetapi tidak berhasil. Namun, saya berjumpa dengan keajaiban rawatan OxyGeneo yang disyorkan oleh ibu saya yang kulitnya sentiasa flawless. Selepas satu sesi, kulit saya nampak lebih licin dan jelas seperti memakai filter! Sekarang, saya amalkan rawatan OxyGeneo setiap bulan atau sebelum acara istimewa untuk pembersihan mendalam dan pastikan makeup nampak lebih flawless. Klinik kegemaran saya untuk rawatan ini ialah MAC Clinic di Bangsar Shopping Centre, klinik yang ibu saya dah pergi sejak zaman remajanya."
Solekan atau gaya apa yang buatkan Khadija Meor rasa paling yakin sepanjang 2024?
(Sambil berkongsi gambar di atas) Saya tidak selalu bergaya begini, selalunya saya lebih gemar gaya minimalist dan ringkas. Tapi setelah melihat gaya ini, saya rasa outfit ini sangat sesuai dan saya sukakan bagaimana ia buat seluruh penampilan tampak classy dan chic, dipadankan pula dengan gaya rambut dan makeup ini. Memang terasa seperti diri saya sendiri!
Apa kesilapan kecantikan atau skincare yang anda belajar tahun ni yang tidak akan diulang tahun depan?
Saya pernah buat kesilapan dengan tidak menyemak dahulu kandungan produk penjagaan wajah yang saya guna dan kemudian terlebih buat rawatan wajah! Jika ada masalah jerawat, saya memang syorkan untuk berjumpa pakar dermatologi di klinik yang diiktiraf. Penting untuk faham punca jerawat โ adakah ia disebabkan oleh bahan yang menyumbat pori atau juga hormon. Saya sudah cuba banyak cara sendiri, tetapi akhirnya jerawat makin teruk!
Satu amalan kecantikan yang anda ingin mulakan atau perbaiki pada tahun mendatang?
Tahun ini, saya teruja untuk fokus pada kecantikan holistik yang melibatkan pelbagai aspek. Terutama sekali, saya ingin menjaga kesihatan usus, mencuba diet anti radang dan makan dengan lebih mindful โ semua ini penting untuk hasil kulit glowing daripada dalam. Saya ingin ubah cara pemikiran tentang kecantikan supaya ia lebih kepada keseimbangan minda dan tubuh, bukan hanya bergantung pada rawatan luar."
Apa momen yang buat Khadija Meor rasa paling confident sepanjang 2024?
Perjalanan pertama saya ke luar negara untuk tempoh panjang memang adalah satu pencapaian terbesar saya! Mungkin bagi sesetengah orang kelihatan seperti perkara biasa, tetapi bagi saya yang lebih memfokus pada kewangan peribadi, ia rasa seperti sebuah kejayaan. Akhirnya, impian saya untuk bercuti sebulan ke Eropah yang sudah lama saya idamkan, menjadi kenyataan! Mengembara solo buat saya rasa lebih empowered, sebab saya tahu saya boleh lakukan semua ini dengan sendiri. Harapnya, 2025 nanti lebih banyak lagi pengembaraan solo!"