Langgan

Nostalgia Digital: Kecantikan Bertemu Memori Era Teknologi

Sebuah eksplorasi visual tentang bagaimana teknologi lama bertemu dengan kecantikan masa kini – surreal dan penuh nostalgia.
2 minit untuk membaca
Published: July 23, 2026

Sebuah eksplorasi visual tentang bagaimana teknologi lama bertemu dengan kecantikan masa kini – surreal dan penuh nostalgia.

Teknologi sentiasa berubah mengikut zaman, namun peranti digital yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kekal membawa nilai sentimental yang sukar dilupakan. Daripada iPod dan pemain cakera hinggalah telefon lipat serta fon telinga berwayar, setiap satunya menyimpan memori sebuah generasi. Menerusi lembaran cantik 'Nostalgia Digital', elemen-elemen ikonik ini diberi nafas baharu melalui gabungan solekan, dandanan rambut dan visual yang meraikan pertemuan antara nostalgia dan estetika moden.

ELLE mempersembahkan lembaran cantik Julai 2026!

The iPod Era

Gabungan pembayang mata rona biru muda dan pemerah pipi yang segar dipadankan dengan pemain kaset. Gaya ini mencipta visual yang playful dan penuh nostalgia.

Control + Shift

Garisan pensel mata yang tajam membentuk definisi strong pada mata, menjadikan ia sebagai fokus utama. Aksesori rambut memberi sentuhan eksperimental yang melengkapkan gaya ini.

Wired Gaze

digital

Pembayang mata merah di bawah mata membawa intensiti yang lebih mendalam. Ia diseimbangkan dengan low pigtails dan lilitan wayar fon telinga di rambut untuk sentuhan playful.

Kelahiran Disc

digital

Kesederhanaan pada rambut dan kulit membiarkan solekan bibir lebih menonjol dengan warna yang jelas dan terdefinisi. Pantulan cakera memberi lapisan visual yang sleek.

Dalam Talian

digital

Solekan minimal yang menekankan wajah yang bersih dan segar memberi kesan neutral pada gaya ini. Manakala rambut beralun dan telefon lipat menghadirkan semangat Y2K.

Playback Pause

digital

Freckles semula jadi dan bibir pouty menjadi elemen utama yang menyerlah di wajah, sementara sandaran pada pemain cakera membawa rasa santai dan introspektif.

Echo Line

Solekan ringan dipadankan dengan sanggul membiarkan struktur wajah menjadi fokus utama, menonjolkan ciri semula jadi dengan jelas. Sementara fon telinga yang melingkari tubuh menambah ritma dalam gaya ini.


KONSEP & PENATAAN GAYA AISHAH HAZIYAH ARAHAN SENI IERA NADZLIM FOTOGRAFI BURGER CHAM/ORAI STUDIO DIBANTU OLEH SAIFUL AZWAN & JOSEPH WONG SOLEKAN JULIANA NAZAR DANDANAN YUSOF RUZAIMI MODEL ZHASTINA/ATTITUDE MODELS 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down