Inspirasi muka bumi dan angkasa lepas menzahirkan ilham terbaru buat jenama OMEGA dalam memberikan hayat baru edisi Speedmaster Pilot. Teras utama pada fungsi dan ketepatan menjadikan jam tangan ini menjadi pilihan banyak juruterbang dan tahun ini OMEGA meneruskan legasinya dengan pelancaran Speedmaster Pilot yang terbaru.
Direka dengan diameter 40.85 mm, jamm tangan ini diinspirasikan daripada edisi pertama Speedmaster yang mula diperkenalkan pada tahun 1957. Dikenali dengan keteguhan dan rekaan yang tidak kompleks, edisi pertama Speedmaster Pilot menjadi pilihan ramai krew kre U.S Air Force ketika ia diedarkan.
Material keluli tahan karat dengan kemasan permukaan matte datang dengan bentuk simetri. Kehalusan ciptaannya menjadika jam tangan ini antara yang dicipta khusus untuk mengelakkan pantulan cahaya yang menggangu penglihatan. Bezel jam tangan ini disadur dengan material aluminium dan mengekalkan ciri khas tachymeter "Dot Over Ninety" dan "Diagonal to Seventy" pada skalanya.
Individuliti pada penghaslilan Speedmaster Pilot ini begitu terserlah dengan dail hitamnya. Tanda waktu saat dan jam memberi kontras yang memberi kejelasan yang bertepatan dengan visinya untuk bergerak sebagai aksesori yang memiliki fungsi penuh. Perhatiakan subdail di kiri dan kanan jam tangan yang memberi dinamik pada rekaan jam tangan ini.
Menerusi edisi ini OMEGA turut memberi penekanan pada perakam minit dan jam dengan triangular kemasan matte berwarna jingga bersama indikatornya. Menambah estetika pada rekaannya, paparan Small Second pada jarum jam 9 menyerlah dengan inspirasi cockpit yang disempurnakan dengan matte-yellow dan biru horizon.
Visi pada keteguhan Speedmaster Pilot diteruskan dengan penggunaan material keluli tahan karat apda talinya yang sentiasa menjadi dambaan penggemar siri ini. Sistem alihan aras di Tallinn menggunakan mekanisme khusus jam tangan OMEGA yang menjadi kelebihan pada pengguna untuk memakainya mengikut keselesaan.