Langgan

5 Beg Polène di Radar Fesyen ELLE

Polène sentiasa berada di barisan hadapan fesyen, menawarkan pilihan moden serta elemen reka bentuk klasik.
2 minit untuk membaca
Published: November 17, 2024

Sebuah beg bukan sekadar aksesori; ia adalah pelengkap gaya dan semestinya praktikal. Sama seperti memilih pakaian yang sesuai untuk pelbagai acara, beg yang sempurna mampu menyerlahkan personaliti serta melengkapkan penampilan anda. Oleh itu, tidak hairanlah ramai wanita menganggap koleksi beg tangan mereka sama pentingnya seperti almari pakaian yang dikurasi dengan teliti.

Namun, mencari beg yang menepati keperluan dan kehendak – dari segi kualiti, reka bentuk, hingga harga yang berpatutan – sering kali menjadi cabaran. Pilihan yang ada terlalu banyak, tetapi sedikit sahaja yang benar-benar memenuhi semua kriteria. Di sinilah Polène hadir sebagai penyelesaian sempurna.

Jenama barangan kulit Perancis ini, yang diasaskan pada tahun 2016 dan mempunyai asas pembuatan di Sepanyol, telah mencuri perhatian dunia fesyen dalam masa singkat. Dalam hanya lapan tahun, Polène berjaya mengukuhkan posisinya sebagai nama besar yang digemari ramai, daripada golongan diraja seperti Puteri Kate Middleton sehingga pempengaruh fesyen global. Apa yang menjadikannya begitu istimewa? Jawapannya terletak pada reka bentuk minimalis yang canggih, struktur beg yang unik dan memikat, palet warna yang elegan, serta kualiti kulit yang luar biasa – semuanya mentakrifkan semula makna kemewahan yang boleh dimiliki oleh semua.

Siluet ikonik Polène – anggun, unik, dan tahan uji masa – adalah ciri utama yang menjadikan jenama ini sentiasa relevan. Setiap musim, Polène memperkenalkan inovasi baharu pada koleksi klasiknya, seperti penggunaan fabrik unik, kemasan kreatif, dan warna-warna yang berani. Hasilnya, beg Polène sentiasa berada di barisan hadapan fesyen, menawarkan pilihan moden yang tetap menghormati elemen reka bentuk klasik. Musim ini, koleksi Polène kembali dengan sentuhan segar, sesuai untuk mereka yang ingin menyuntik gaya yang lebih berani dan sofistikated ke dalam penampilan harian. Berikut adalah lima pilihan yang sudahpun mencuri perhatian kami. Sekali anda memilikinya, anda pasti akan memahami mengapa Polène begitu diminati di seluruh dunia.

Béri Edisi Alpaca

Béri merupakan salah satu rekaan awal Polène yang paling ikonik dan begitu digemari ramai. Siluetnya yang chic dan unik menampilkan pemegang berlipat yang khas serta klip penutup tengah magnetik. Edisi terkini hadir dengan sentuhan gebu, diperbuat daripada Alpaca German Wool premium yang digandingkan dengan kulit anak lembu bertekstur dari Itali.


Nodde Hobo Smooth Stone

Nodde adalah pilihan sempurna untuk mereka yang menghargai gaya dengan sentuhan berbeza. Diperbuat daripada kulit anak lembu Itali berkualiti tinggi dengan kemasan anyaman, beg ini menjanjikan keanggunan dan ketahanan. Kini hadir dalam rona kelabu, mencerminkan suasana sejuk dan tenang musim dingin.


Cyme Black Cherry

Jika anda mencari beg harian yang serba guna, Cyme adalah pilihan anda. Keistimewaan beg ini terletak pada reka bentuk pintar dengan penutup magnetik yang membolehkan anda mengubahnya menjadi tiga gaya berbeza – beg bahu, beg lengan, atau tote bersaiz lebih besar. Pilihan warna baru, Black Cherry, bukan sahaja praktikal tetapi juga menambah sentuhan elegan.


Numero Dix Onda Black

Beg tangan bergaya ini kini tampil dengan efek optikal tiga dimensi yang memberikan ilusi pergerakan. Setiap gelung diatur dengan teliti satu persatu secara manual sebelum dijahit dengan kemas, memaparkan kehalusan seni kraftangan. Ia dilengkapi dengan dua tali, membolehkan anda menyesuaikan panjangnya dengan mudah untuk pelbagai gaya.

Beg Polène

Numero Neuf Edisi Alpaca

Beg Numéro Neuf yang berbentuk dumpling ini turut menerima sentuhan mewah dengan penggunaan Alpaca Wool yang eksklusif. Fabrik yang lembut dan gebu ini bukan sahaja menambah tekstur unik, tetapi juga meningkatkan keselesaan, menjadikannya seronok untuk digayakan dan dipegang.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down