Langgan

Sekitar Majlis Pelancaran Rasmi ELLE Malaysia di The Exchange TRX

Terima kasih buat yang hadir ke majlis penuh gilang-gemilang ELLE Malaysia!
2 minit untuk membaca
Published: October 7, 2024

1 Oktober 2024, hari paling bermakna buat ELLE Malaysia kerana secara rasminya ELLE Malaysia dilancarkan. Majlis eksklusif ini mengambil tempat di The Exchange TRX dan dihadiri oleh orang kuat industri, selebriti-selebriti terkenal tanah air, pelopor fesyen, kecantikan dan gaya hidup, bersama-sama meraikan acara penuh momentus ini.

Mengangkat tema Parisian Chic yang kuat kepada asal usul jenama ELLE, tetamu hadir dalam busana glamor rona merah, hitam dan putih. Yang pasti, everyone dressed up to the nines that night!

Majlis dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada Editor-in-Chief ELLE Malaysia, Sarah Hani Jamil dan pengenalan kepada team editorial; Ardi Idewani (Managing Editor), Iera Nadzlim (Art Director), Sri Azni, (Digital Director), Amira Azman (Associate Beauty Director), Hafizan Mohd (Editor of Horology & Features) & Athirah Zahra (Fashion Writer).

Acara kemuncak pada malam itu adalah apabila sesi cover reveal untuk isu kedua ELLE Malaysia, mempersembahkan pop queen dari negara seberang, Dato' Sri Rossa sebagai wajah muka depan bulan Oktober 2024. Tetamu yang hadir juga are in for a treat dengan persembahan bertenaga daripada Rossa, Aisha Retno dan persembahan duet mengejut daripada Ara Johari.

Majlis pelancaran tidak terhenti disitu sahaja. Sweet Qismina diumumkan sebagai pemenang untuk Best Dressed. Tetamu yang hadir juga dapat merakam busana mereka di ELLE Glambot serta check out booth-booth yang ada di sekitar majlis pelancaran seperti touch up solekan di ruang solek YSL, merasai cozy corner ELLE Furniture, ootd spots bersama kereta Lexus serta skuter ranggi Vespa, dan membeli-belah di booth jam tangan mewah, Tissot.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down