Langgan

Meraikan Pembukaan Butik Konsep Terkini Rado

Rado mengemudi sejarah baru dengan pembukaan butik konsep pertama.
1 minit untuk membaca
Published: November 26, 2026
Datuk Nicol David bersama tetamu kehormat di acara pelancaran butik konsep terkini Rado

Rado melangkah bebas dalam memberi keterujaan berterusan menerusi evolusi peruncitan global. Memasakkan butik konsep di Suria KLCC, Kuala Lumpur dengan penampilan ruang penuh eksklusif dan pada masa yang sama memberi pengalaman cukup mewah menlewati warisan jenama ini.

Butik ini menandakan sebagai yang pertama di Asia menampilkan konsep peruncitan terbaru Rado. Ia turut menjadi cerminan visi jenama ini yang terus bertumbuh dengan komitmen bagi menawarkan pengalaman buat pelanggan. Ruang butik yang elegan dan kontemporari ini membawa pengunjung menyelami dunia inovasi, ketukangan dan reka bentuknya.

Identiti jenama ini ditampilkan menerusi prinsip Master of Materials. Butik ini menawarkan sesuatu yang cukup eksklusif dengan menyatukan material berteknologi canggih, reka bentuk tersendiri serta perkhidmatan yang begitu personal dalam menyerlahkan karakter cukup tersendiri.

Datuk Nicol David

Ekspresi Kini Rado

Ruang ini membawakan identiti peruncitan yang lebih kontemporari. Diilhamkan daripada keharmonian antara inovasi dan keunikan material, butik ini menawarkan suasana elegan yang menyerlahkan kehalusan serta keselesaan.

Elemen seperti batu semula jadi, marmar dan sentuhan keemasan menciptakan sesuatu yang sofistikated. Ia juga bernadi sebagai cerminan kepakaran Rado dalam penggunaan material serta reka bentuk yang tersendiri. Dilengkapi garisan seni bina yang kemas dan pencahayaan berlapis.

Ketua Pegawai Eksekutif jenama ini, Adrian Bosshard, berkata: “Suria KLCC telah sekian lama menjadi lokasi penting bagi kami di Malaysia. Butik yang diberi nafas baharu ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap pasaran tempatan serta para pelanggan yang begitu tertarik dengan jenama Rado.”

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down