Langgan

Escentials Membuka Bab Baharu di Malaysia Menerusi Konsep Flagship Terbaharu di Mid Valley Megamall

Kini anda berpeluang mendekati aroma Amouage, Kilian dan pelbagai lagi di butik flagship escentials terbaharu kini di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur!
2 minit untuk membaca
Published: November 13, 2026

Butik flagship escentials ini mentakrifkan semula pengalaman butik kecantikan sebagai sebuah ruang untuk meneroka dan menghayati keindahan. Ia bukanlah semata-mata untuk pengunjung hadir membeli, sebaliknya meraikan detik-detik serta pengalaman di dalam butik tersebut. Saat ketika berhenti sejenak, menikmati setiap satu haruman dengan tenang, menikmati tekstur atau menyelusuri kisah di sebaliknya. escentials cuba memupuk kepekaan, penghayatan dan membawa pengunjung ke arah kenangan membeli-belah yang menggembirakan.

Konsep baharu escentials berpandukan lima prinsip reka bentuk utama iaitu keanggunan yang bersahaja, seni bina terbuka, keharmonian antara jenama, aliran penerokaan serta ritual sensori. Kesemuanya bergabung untuk mewujudkan suasana yang sofistikated tanpa terasa eksklusif atau menjauhkan.

Rona pic yang dicat indah mengalir di seluruh ruang butik sebagai identiti visual yang lembut namun berkarakter. Daripada fasad hingga ke lantai dan ruang pameran utama, rona ini membentuk bahasa reka bentuk yang cukup sinonim dengan escentials. Dipadankan dengan dinding berwarna kuning lembut dan permukaan neutral yang sederhana, setiap koleksi diberikan ruang untuk menyerlah, bukan sekadar dipamerkan sebagai produk, tetapi sebagai sebuah dunia yang menanti untuk diterokai.

Pemilihan material pula mementingkan sensori sentuhan. Ia merangkumi permukaan mikrosimen dan kemasan bertekstur kasar, granit dan batu, keluli tahan karat berus serta loyang berbutir, kayu oak kemasan matte, kulit dan pencahayaan daripada kaca acuan. Hasilnya, kita dapat melihat sebuah persekitaran kontemporari yang memiliki daya tarikan sensual secara bersahaja.

Di butik ini turut tersedia, ruang paparan khusus memberikan setiap rumah wangian peluang untuk menyerlah dengan identiti tersendiri. Ini membolehkan kesemua 40 rumah wangian mengekalkan karakter masing-masing dalam satu ekosistem yang saling melengkapi.

Keseluruhan perincian ini mewujudkan sebuah persekitaran yang jauh berbeza daripada butik kecantikan konvensional. Ia hadir sebagai destinasi untuk pengunjung menyelami deria bauan dengan lebih mendalam dan akhirnya membawa pulang suatu penemuan aroma yang intim dan seiring dengan jiwa.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down