Langgan

Ekspresi Tatahan Permata Patek Philippe

Penciptaan kini untuk masa depan yang baru.
1 minit untuk membaca
Published: November 1, 2026

Rekaan Untuk Wanita Moden

Komitmen Patek Philippe terhadap kecemerlangan rekaan terserlah menerusi model Gondolo yang diinspirasikan daripada gerakan Art Deco. Menghidupkan kembali riwayat barunya ia diserikan dengan rona terang dengan sentuhan tatahan batu permata yang sofistikated.

Apa yang dibawakan kali ini adalah sebuah memori silam yang pernah tercipta lewat penhasilan 'Gondolo' yang diperkenalkan pada tahun 2009. Ia memberi satu pentafsiran berani tidak hanya sifat seorang lelaki malah wanita. Karya ulung manufacture yang dinanti-nantikan datang dengan mekanisme kronograf yang dibangunkan sepenuhnya secara terperinci.

Lahir daripada hasrat presiden Patek Philippe, Thierry Stern bagi menawarkan pilihan buat wanita yang mahukan jam tangan yang juga berfungsi sebagai perhiasan mewah. Gabungan tatahan batu permata dengan mekanisme kuarza yang praktikal memperlihatkan pendekatan yang cukup bernuansa seiring dengan keterbukaan terhadap gaya padanan bebas yang mewarnai cita rasa masa kini.

Perincian tatahan permata yang memukau

Pada masa sama, ia mencerminkan dedikasi Patek Philippe dalam menawarkan pilihan yang lebih beragam buat wanita, melangkaui koleksi ikonik Twenty~4, Aquanaut Luce dengan tatahan permata, Nautilus yang bersifat sporty serta Calatrava dengan rekaan sarung bulat yang klasik.

Diperhalusi seiring peredaran masa, rekaan-rekaan istimewa ini merupakan kemuncak kepada pengalaman dan kepakaran yang terbina selama berdekad-dekad. Setiap satunya diterjemahkan menerusi rangkaian jam tangan baru yang perinciannya kekal relevan merentas zaman.

Apa yang ditawarkan kali ini adalah sebuah ilham mewah yang juga bergerak sebagai sebuah penghormatan kepada keunggulan penciptaan warisan Patek Philippe. Selain itu, sebagai sebuah langkah baru yang tertumpu pada masa depan baru penciptaan jam tangan mewah.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down