Langgan

Seni Kerangka Franck Muller

Penciptaan kompleks bertemu seni rekaan mewah.
1 minit untuk membaca
Published: October 28, 2026

Franck Muller meraikan penciptaan paling mencabar dalam dunia pembuatan jam tangan mewah melalui tiga karya luar biasa. Ketiga-tiga penciptaan ini menampilkan interpretasi tersendiri terhadap seni kerangka daripada mekanisme juga komplikasi baru. Apa yang terhasil seakan sesuatu yang mustahil namun dilaksanakan dengan ketelitian.

Mekanisme paparan tercipta misteri dan satu transformasi motif bunga yang puitis. Jam tangan ini memperlihatkan bagaimana seni mekanisme dalaman yang terbuka ini dizahirkan dalam bentuk yang berbeza. Terhasil radikal namun tetap berteraskan kecemerlangan teknikal.

Master Jumper Skeleton

Long Island Evolution Master Jumper Skeleton menampilkan seni kerangka pada tahap teknikal yang paling tinggi dengan menciptakan satu visual yang memperlihatkan mekanisme canggih. Ia terhasil bagi menggerakkan komplikasi triple jumping complication pertama Franck Muller.

Round Triple Mystery Skeleton

Menandakan satu pencapaian baharu buat Franck Muller, Round Triple Mystery Skeleton menjadi edisi pertama dalam siri Mystery yang menampilkan reka bentuk kerangka sepenuhnya. Jam tangan ini kini tersenarai sebagai finalis dalam kategori Gemset di Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) 2026 yang berprestij.

Vanguard Curvex Cut Flower

Franck Muller memperkenalkan interpretasi baru bagi Vanguard Curvex Cut Flower yang dihiasi dengan batu nilam merah jambu bersama berlian brilliant-cut. Jam tangan ini mentransformasikan mekanisme kerangka menjadi sebuah landskap mekanikal yang seolah-olah sedang berkembang mekar, menyatukan seni pembuatan haute horlogerie dan seni perhiasan mewah dalam harmoni yang sempurna.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down