Langgan

Adakah Trend Mekap Anti-Blush Masih Menjadi Pilihan Peminat Kecantikan?

Saya secara peribadi gemarkan trend anti-blush untuk gaya solekan harian saya!
3 minit untuk membaca
Published: October 30, 2026

Sebagai seorang Pengarah Kecantikan, sejauh mana pun saya teruja bereksperimen dengan permainan warna yang menyeronokkan pada wajah, akhirnya saya tetap akan kembali kepada solekan bernuansa muted seperti trend anti-blush untuk penampilan harian.

Jika ditanya kepada saya, apa sahaja yang mampu menyerlahkan kecantikan wajah dengan sentuhan elegan dan classy, I'm all for it! Ini termasuklah trend mekap anti-blush yang semakin mendapat perhatian dalam dunia kecantikan. Secara peribadi, saya bukanlah individu yang gemar mengenakan solekan tebal dengan limpahan warna terang setiap kali melangkah ke pejabat. Saya lebih selesa dengan penampilan yang understated, polished dan effortless.

Namun, kecantikan itu subjektif. Ada yang menganggap warna-warna terang sebagai refleksi personaliti dan identiti diri mereka, dan there is absolutely nothing wrong with that! Tetapi bagi saya, pilihan rona muted sentiasa mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Jadi, apakah sebenarnya trend mekap anti-blush ini?

Gambar: Instagram Kendall Jenner

Adakah ia bermaksud bersolek tanpa mengenakan sebarang pembayang pipi? Not exactly! Trend anti-blush bukanlah tentang memoloskan pipi atau mengetepikan penggunaan pembayang pipi sepenuhnya. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada pemilihan warna pembayang pipi yang lebih lembut dan subtle berbanding rona terang atau terlalu menonjol.

Bayangkan rona dusty pink, muted rose, soft beige, nude peach atau warna-warna yang hampir menyerupai rona semula jadi kulit. Hasilnya, pipi kelihatan seolah-olah mempunyai rona kemerahan semula jadi tanpa kelihatan seperti kita terlalu berusaha untuk menyerlahkannya. The idea is to enhance, not overpower!

Bukan Bererti Solekan Perlu Kelihatan Hambar

Saya faham mengapa trend ini mungkin kurang dipersetujui oleh sesetengah peminat kecantikan. Bagi mereka, pembayang pipi merupakan elemen penting yang menjadi highlight kepada keseluruhan solekan. Malah, saya sendiri pernah melalui fasa terlalu menggemari solekan bibir nude yang dipadankan dengan solekan mata polos, sekadar merapikan dan melakar kening tetapi bahagian pipi haruslah tampil dengan warna yang statement, seperti merah cili. Love that era!

anti-blush

Gambar: Instagram Gracie Abrams

Namun, perubahan cita rasa dalam dunia kecantikan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ada masanya kita mahu bermain dengan warna yang bold dan ada ketikanya kita lebih menghargai keindahan solekan yang minimal.

Jangan salah faham, penggunaan muted pink atau rona lembut pada pipi tidak bermaksud keseluruhan penampilan perlu kelihatan membosankan. In fact, there are so many ways to play around with this trend!

Apa yang menarik tentang trend ini ialah ia memberikan ruang untuk kita bereksperimen dengan tekstur dan tona warna. Jika anda mempunyai kulit cerah, rona merah jambu kelam atau merah jambu lembut boleh memberikan kesan segar tanpa kelihatan terlalu kemerahan. Untuk tona kulit medium hingga sawo matang, pilihan seperti pic muted, merah jambu hangat dan terracotta lembut boleh memberikan dimensi yang lebih natural pada wajah.

Selain warna, teknik aplikasi juga memainkan peranan penting. Elakkan menyapu pembayang pipi secara terlalu pekat pada satu kawasan. Sebaliknya, gunakan berus yang gebu untuk membaurkan produk secara perlahan sehingga warnanya sebati dengan kulit. The trick is to create a soft flush, not an obvious patch of colour.

Anda juga boleh memilih formula krim atau jenis cecair untuk mendapatkan kemasan yang lebih seperti 'kulit' sendiri dan seolah-olah warna tersebut datang dari dalam kulit. Jika mahukan hasil yang lebih subtle, gunakan sedikit produk terlebih dahulu sebelum menambah intensiti mengikut kesesuaian.

Jadi, Adakah Trend Anti-Blush Masih Relevan?

anti-blush

Emma Stone (Gambar: Instagram Nina Park)

Pada pendapat saya, trend anti-blush mempunyai daya tarikan tersendiri kerana ia meraikan kecantikan yang lebih minimal, effortless dan masih sophisticated. Ia juga membuktikan bahawa kita tidak semestinya memerlukan warna yang terlalu menonjol untuk menjadikan solekan kelihatan menarik.

Namun, saya tidak melihat trend ini sebagai pengganti kepada penggunaan pembayang pipi yang lebih terang atau berwarna-warni. Sebaliknya, ia hanyalah satu lagi pilihan dalam dunia kecantikan yang sentiasa berubah mengikut cita rasa, personaliti dan mood seseorang. After all, makeup should be fun! Jika anda gemarkan pipi merah cili, silakan. Jika anda lebih selesa dengan rona lembut, embrace it. Yang penting, pilih gaya solekan yang membuatkan anda berasa yakin dan selesa dengan diri sendiri.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down