Langgan

Hudson Williams Kini Duta Global Bvlgari

Persona baru Bvlgari
1 minit untuk membaca
Published: October 16, 2026

 

Melewati perjalanan karier sebagai selebriti dengan begitu diraikan sejak siri "Heated Rivalry" mencuri perhatian pengikut showbiz global, aktor kelahiran Canada iaitu Hudson Williams mencipta momen istimewa bersama jenama jam tangan dan barang kemas mewah Bvlgari. 

Aktor ini dinamakan sebagai Duta Global terbaru jenama ini mengikuti jejak rakan selebriti lain seperti Zendaya, Dua Lipa, Priyanka Chopra dan Anne Hathaway antaranya. Hudson dilihat sebagai bakat pelapis yang mentafsir idea dan pemikiran generasi baru hari ini. 

Dikenali menerusi gaya tersendiri, visi artistik dan karisma yang memikat, beliau terus mencuri perhatian khalayak serta mentakrif semula landskap kreativiti moden di persada dunia. Bagi rakaman kempen pertamanya bersama Bvlgari, Hudson Williams mengenakan jam tangan Bvlgari Bvlgari dalam balutan emas kuning. 

Melengkapkan gayanya, cincin B.zero1 Gold & Steel, gelang dan rantai Tubogas emas kuning serta subang Tubogas yang senada.  Penyatuan ini membentuk satu bahasa visual yang ikonik dan tersendiri. Satu ilham kemewahan dicipta lewat penyatuan emas, siluet ikonik dan keyakinan Hudson yang hidup dengan sebuah karakter yang didominasinya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down