
Kini melangkah ke era solo, Amylia Loh atau juga dikenali sebagai AIMEE bersedia membuka lembaran baharu dalam perjalanan muziknya dengan karya yang lebih dekat dengan dirinya.
Kesibukan terkini?
Kini I beri tumpuan kepada muzik solo. Gementar, namun teruja. I kembali menjalani latihan tarian, vokal dan body conditioning. I menikmati proses belajar ini dan grateful to be here at this point.
Item wajib yang mesti ada dalam beg setiap hari?
I suka bersedia untuk apa saja, jadi inilah item yang boleh dijumpai dalam beg I: buku, beberapa gincu, pensel bibir, sikat rambut, cermin compact, earphones, cermin mata hitam, card holder, perfume stick dan ubat alahan.
Produk kecantikan that you can’t live without?
Untuk solekan, gincu, pensel bibir dan pembayang pipi. Untuk penjagaan kulit, serum Caudalie Vinoperfect, toner dan mist daripada Rhode serta minyak wajah.
Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?
I obses dengan trend baby bangs dan sudah kerap mencubanya. Rasanya ia dah jadi gaya signature dan akan sentiasa kembali time and time again. Dari segi gaya, I suka perubahan kepada gaya maksimalis yang ekspresif. Cermin mata hitam vintaj, corak haiwan, warna, kasut funky, terutama apabila gaya harian dihiasi dengan aksesori yang mencerminkan diri anda. Itulah yang menjadikan gaya one of a kind.
Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?
I suka membaca tapi hanya boleh ulang sekali atau dua kali. Berbeza dengan rancangan TV, I boleh tonton berulang kali atau biarkan sebagai white noise. Antaranya ‘Friends’, ‘The Big Bang Theory’, ‘Modern Family’, ‘How I Met Your Mother’ dan ‘Burlesque’. Kini I obses dengan ‘Sterling Point’ di Prime Video, something about it just sits right with me.
Penyanyi atau artis kegemaran dan kenapa?
Tate McRae dan Gracie Abrams mewakili dua sisi berbeza dalam diri I. I suka tenaga dan persembahan Tate Mcrae dan ingin menjadi sepertinya, muzik Gracie pula lebih dekat secara emosi dan lagunya terasa menyembuhkan. Apa yang menyatukan mereka adalah cara mereka bercerita melalui muzik, sesuatu yang I harap dapat lakukan dalam kerjaya sendiri. I juga seorang pencinta seni dan I travel untuk melihatnya sendiri. Pelukis kegemaran kini ialah Domenico Gnoli kerana karyanya yang ringkas tapi penuh perincian.
Aktiviti kegemaran jika mempunyai masa lapang?
I membaca, melukis serta berlatih tarian dan vokal, minat yang sentiasa dekat dengan hati I. Selepas mengalami burnout selama dua tahun, I mengambil masa untuk travel, cuba perkara baru dan kembali menjadi pelajar untuk mencari semula tujuan diri. I’m glad I found my motivation again and I'm hopeful once more.
Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?
Tak ada kafe pilihan, tapi pesanan I akan sentiasa sama. Matcha, tak kisah jenis apa pun, I suka kesemuanya. Never really been a coffee girl.
Salun kegemaran to get your nails done?
Kuroniji Space oleh nail artist bernama Omi. I can't live without my nails, ia adalah statement gaya I, sesuatu yang mencerminkan diri I. Dan Omi sentiasa menghidupkan setiap idea.
Negara atau tempat yang paling anda ingin kunjungi dan kenapa?
Buat masa ini, I mahu kembali ke Jepun untuk snowboard. Tapi kalau tempat yang belum pernah I pergi, I ingin menikmati musim panas di Greece. I impikan percutian pantai yang tenang dan santai, di tempat yang I boleh luang masa untuk diri sendiri, tanpa perlu risaukan apa-apa.
Satu perkara tentang diri anda yang mungkin orang tidak tahu?
I tak pernah cerita sebelum ini, tapi I sebenarnya aktif dalam pelbagai jenis sukan dulu. I was actually good at it, I menang pingat emas dalam acara lompat tinggi, lompat jauh dan larian pecut ketika di sekolah.
Definisi cantik bagi anda?
Bagi I, apabila seseorang itu benar-benar selesa dengan diri sendiri dan tahu siapa dirinya, that's beautiful. Ia menyerlahkan unbothered confidence yang berbeza dan tidak semua orang miliki. That's aura, and no one can fake it.

