Rolex dengan memperkenalkan empat jam tangan istimewa yang bakal ditawarkan dalam satu majlis lelong amal hasil kerjasama bersama Phillips. Diilhamkan daripada peralihan musim, jam tangan Cosmograph Daytona ini menyerlahkan kepakaran Rolex dalam seni tatahan permata sebagai sebuah manifestasi langka dengan penciptaan penuh ketelitian.
Diperhalusi dengan kemasan tatahan permata, koleksi ini menggabungkan batu permata dalam rona berbeza. Setiap satu jam tangan yang terhasil membangkitkan satu suasana serta keindahan musim tertentu yang persis sebuah kitaran semula jadi. Keempat-empat ciptaan unik ini ditawarkan dalam empat slot berasingan membawa makna tersendiri.
Hasil daripada lelongan ini akan disalurkan kepada dua organisasi iaitu Federer Foundation, yang diasaskan oleh Roger Federer dalam memperjuangkan pendidikan awal dan pembelajaran asas untuk kanak-kanak di seluruh Afrika Selatan dan Switzerland. Manakala sebuah lagi organisasi adalah Re:wild diasaskan bersama oleh Leonardo DiCaprio bagi melindungi dan memulihkan ekosistem semula jadi.
Kedua-dua organisasi ini datang dengan misi yang jelas dalam menyokong usaha generasi masa hadapan serta memberi perlindungan alam semulajadi. Ia sejajar dengan visi Rolex dalam menjadikan planet bumi sebagai sesuatu yang lestari. Jean-Frédéric Dufour, Ketua Pegawai Eksekutif Rolex SA berkata "“Kecemerlangan sebenar bukan hanya diukur melalui kualiti produk kami, tetapi juga menerusi impak positif yang mampu kami berikan kepada dunia."
Menerusi inisiatif ini, Rolex sekali lagi menegaskan komitmennya terhadap pemeliharaan alam semula jadi dengan kepakaran maison dalam pembuatan jam serta seni tatahan batu permata bagi menyokong usaha-usaha yang dekat dengan aspirasi jenama ini. Setiap jam tangan membawa naratif tentang alam, masa dan harapan untuk generasi mendatang yang bakal mewarisi dunia.
Majlis lelongan amal ini bakal berlangsung di London pada 28 September 2026 dengan Phillips mengendalikan jualan tersebut. Maklumat lanjut boleh didapati di rolex.com.

