Langgan

6 Tip Menjaga Rambut Perang Ala Selebriti

Blondes have more fun.
3 minit untuk membaca
Published: August 22, 2024
Lana Del Rey, Anya Taylor-Joy, Zendaya, Angelina Jolie, Sabrina Carpenter, Rihanna

Pesona rambut perang atau blonde memang tidak dapat dinafikan lagi, ia malah menjadi trend utama dikalangan selebriti. Maka ramai yang berhasrat untuk mengubah penampilan dengan warna blonde, memang menarik! Tetapi langkah penjagaan agar warna tetap cerah dan rambut tetap sihat bukanlah mudah - ia memerlukan kunjungan secara rutin ke salon dan rawatan khusus untuk memastikan rambut tetap dalam keadaan terbaik. Untuk mengelakkan kerosakan penggunaan produk tambahan seperti syampu ungu, produk keratin dan minyak rambut adalah kunci utama. Jangan risau! Kami telah merangka panduan tentang produk-produk terbaik yang akan menonjolkan pesona rambut blonde anda. Dari inspirasi warna blonde selebriti, langkah untuk mencegah kerosakan sehingga pilihan produk serta tips terbaik untuk memastikan rambut blonde anda tetap sihat dan tahan lama.

Anya Taylor-Joy (photo via Instagram/@anyataylorjoy)
Sabrina Carpenter (photo via Instagram/@sabrinacarpenter)

Anda yang memiliki rambut blonde memerlukan penjagaan rambut yang lebih ‘extra’ dibandingkan dengan rambut gelap. Ini kerana proses bleaching rambut melibatkan bahan kimia yang mematikan lapisan pelindung luar rambut, sehingga ia dapat masuk ke dalam rambut lalu menghilangkang pigmen warna rambut semula jadi anda. Akibatnya, rambut blonde anda lebih mudah terkesan dengan faktor persekitaran seperti sinar matahari dan klorin - menyebabkan warna menjadi kekuningan berikutan kadar melanin yang lebih rendah - memberi ruang bagi warna kuning atau oren yang tidak diinginkan muncul.

Proses kimia ketika bleaching juga mengubah tekstur rambut, menjadikannya lebih sensitif dan memerlukan nutrisi tambahan. Oleh itu, penting untuk anda memeriksa kesihatan rambut secara berkala, mengenali jenis rambut anda dan memilih produk penjagaan yang sesuai agar rambut anda sentiasa terlihat berkilau.

  1. Gunakan syampu 'Ungu' 

Kunci utama untuk menjaga rambut blonde adalah pemilihan syampu yang tepat, yakni syampu ungu - ia mampu mengatasi masalah kuning yang sering muncul pada rambut blonde. Pigmen ungu dalam syampu ini dapat meneutralisasikan warna kuning dan copper agar warna rambut anda tahan lebih lama. Gunakan syampu ungu seminggu sekali agar warna rambut anda terpelihara dan terlihat segar sentiasa.

Tip: Jangan biarkan syampu terlalu lama pada rambut kerana penggunaan berlebihan akan meninggalkan kesan warna ungu pada rambut.

Redken Color Extend Blondage  
dpHUE Cool Blonde Shamp

2. Jaga kelembapan rambut

Blonde membuatkan rambut jadi lebih mudah rapuh, kering dan mudah patah. Oleh sebab itu, penjagaan tambahan untuk melindungi kelembapan rambut adalah sangat penting. Paling wajib, adalah menggunakan perapi setiap kali selepas syampu - perapi berfungsi untuk menghidratkan semula setiap helai rambut serta menjaga teksturnya agar tetap lembut dan halus. Formulasi perapi yang tepat dapat membantu melembabkan dan menguatkan rambut, mengurangi risiko kerosakan serta patah.

Tip: Gunakan juga hair mask di dalam rutin penjagaan rambut anda. Gunakan ia seminggu sekali, selepas syampu dan sebelum menggunakan perapi untuk hasil yang lebih baik.

Pureology Strength Cure Conditioner  
Verb Ghost Conditioner

3. Perlukan penjagaan tambahan

Gunakan produk dengan bahan keratin untuk menguatkan rambut dan mencegah kerosakan yang lebih teruk. Buat anda yang sudah sudah mengalami kerosakan rambut parah, cuba produk penjagaan rambut tanpa bilas. Hydrolyzed Keratine boleh memperkuat dan mengembalikan kesihatan rambut, serta merawat kerosakan dari akar rambut.Sekiranya produk ini digunakan dengan kerap, rambut blonde anda akan kekal lembab, kuat, dan bersinar.

Kérastase Keratine Thermiqu
Kevin Murphy Leave-in Repair

4. Gunakan hair serum dan hair oil

Serum rambut membantu mengembalikan rambut yang sihat, mengekalkan warna dan melindung rambut blonde anda. Kebanyakkan serum mengandungi bahan seperti protein dan vitamin yang bertindak untuk memperbaiki kerosakan rambut. Dengan penggunaan kerap, serum mampu menjadikan rambut lebih sihat, berkilau dan mengekalkan kelembapan rambut dari akar. Minyak rambut juga bagus untuk menguatkan dan mengembalikan nutrisi rambut yang rosak akibat bleaching - juga berkesan menghalang bahagian hujung rambut daripada menjadi kering dan bercabang.

Tip: Pilih serum yang mengandungi bahan semulajadi seperti minyak argan atau minyak jojoba untuk dapatkan kelembapan ekstra. Sapukan dari tengah hingga hujung rambut selepas mencuci kemudian keringkannya dengan tuala.

Kérastase Blond Absolu Sérum Cicanuit Hair Serum
Ouai Haircare Hair Oil 

5. Elakkan penggunaan produk pengayaan rambut secara berlebihan

Rambut blonde mudah terjejas oleh panas, jadi sebaiknya kurangkan penggunaan alat penggaya rambut seperti hair dryer,  hair iron dan curler. Jika perlu, pastikan anda menggunakan produk heat protection terlebih dahulu. Sinar UV juga boleh merosakkan rambut dan menjadikannya lebih mudah patah.

Tip: Gunakan alat penggaya rambut pada suhu rendah atau sederhana. Pastikan hair dryer tidak terlalu dekat dengan rambut untuk mengelakkan pendedahan kepada suhu panas yang berlebihan.

Tresemmé Thermal Creations Heat Tamer Protective Spray
Olaplex No.6 Bond Smoother

6. Jangan lupa untuk touch up roots rambut anda

Touch up roots boleh dilakukan mengikut kecepatan rambut anda untuk panjang. Namun, secara umumnya anda perlu meluangkang masa untuk ke salon setiap 4-6 minggu - dengan penjagaan yang teratur, anda dapat memastikan warna rambut blonde anda tetap segar dan kekal rata sepanjang waktu.

Tip: Trim hujung rambut secara konsisten setiap 6-8 minggu sangat penting untuk mencegah hujung rambut bercabang sekaligus membolehkan pertumbuhan rambut baru yang lebih sihat. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down