Langgan

Menurut Bella Hadid, Gaya Musim Bunga Tahun 70-an Kembali Trendy

It's a '70s revival!
2 minit untuk membaca
Published: September 20, 2026
Bella Hadid, gambar ihsan Instagram/ @mimicuttrell

Lupakan trend mini-mikro. Bella Hadid baru sahaja membuktikan bahawa gaya tahun 70-an kembali mendapat tempat apabila dia tampil di New York dengan gaun rona jingga daripada Oddli yang seolah-olah diambil daripada arkib Jane Fonda.

Potongan mini A-line yang malangnya sudah habis dijual itu sememangnya menampilkan sentuhan retro, dengan garis leher boat yang tinggi dihiasi dua butang, berlengan pendek bersama gaun yang sedikit kembang. Ia merupakan gaya yang effortless dan tidak rumit, mengingatkan kita kepada It-girl era tahun 70-an seperti Fonda dan Anita Pallenberg, namun disuntik sentuhan moden yang menjadikannya kekal relevan pada tahun 2026.

Gambar ihsan Getty Images daripada ELLE Australia

Daripada menjadikannya seperti kostum, penata gaya Bella, Mimi Cuttrell memilih untuk melapiskan gaun tersebut di bawah kot trench korduroi vintaj. Penampilannya dilengkapkan bersama but vintaj Sergio Rossi (yang dipercayai diperoleh daripada Loved By Chi) serta cermin mata hitam Madison Ave bersaiz besar daripada Side Eye. Seperti gaya bintang jet-setter era 70-an, Bella membawa beg bersaiz besar, walaupun ini adalah beg Maude Carryall daripada Staud.

Bandana pula telah menjadi trend sejak kebelakangan ini dan Bella membuktikan bahawa gaya ini bakal terus menjadi pilihan sehingga tahun hadapan. Dia melengkapkan penampilannya dengan skaf merah bercorak gingham daripada Oddli (malangnya sudah habis dijual juga), serta aksesori seperti subang gelung emas dan rantai emas yang memberikan sentuhan gaya bintang filem Eropah off-duty.

Ini adalah contoh terbaik untuk musim peralihan. Gabungan rona panas seperti rust, camel dan coklat gelap yang sememangnya terasa sesuai untuk musim luruh, manakala potongan mini dan lengan tiga suku memastikan lapisan pakaian yang digayakan tidak kelihatan terlalu berlebihan.

Ada sebab mengapa era 70-an kekal sebagai salah satu rujukan fesyen yang paling berpengaruh. Walaupun kita mungkin akan kembali kepada estetika Y2K, gaya feminin dan effortless seperti koleksi Chemena Kamali untuk Chloรฉ serta Alessandro Michele untuk Valentino mencerminkan minat kita terhadap aura cool pada era 70-an. Dan tiada masa yang lebih sesuai untuk menggayakannya sekarang. Jadi, cari lah 'little orange dress' (LOD) untuk diri anda sendiri dan gayakannya seperti Bella.

Inspirasi Gaya Era 70-an Mengikut Bella Hadid

Kaca mata hitam oversized, Madison Ave

Jaket labuh, Polo Ralph Lauren

Gaun mini tanpa lengan, Massimo Dutti

Beg Maude Carryall, Staud

But tumit tinggi, Chloรฉ

Artikel asal daripada ELLE Australia

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down