Ada hari-hari apabila kita hanya mahu berpakaian tanpa terlalu memikirkannya dan memilih sesuatu yang selesa dan mudah digayakan. Bagi saya, itulah pakaian yang paling kerap kita pakai: cukup santai untuk menjalani rutin seharian namun cukup kemas untuk membawa kita daripada satu janji temu ke urusan seterusnya. Daripada stail kasual yang ringkas hinggalah penampilan yang lebih bergaya, koleksi terbaharu ELLE Fashion direka untuk kehidupan sebenar. Koleksi 'CHOOSE LOVE' meraikan kebebasan untuk memilih dan mengekspresikan diri. Setiap rekaan mudah disesuaikan mengikut suasana, gaya dan detik yang dilalui. Dengan inspirasi gaya Parisienne sebagai titik tolak, koleksi ini menampilkan siluet yang mudah dipakai, potongan yang tidak berlebihan serta perincian yang memberikan karakter. Semuanya terasa effortless.
Barangkali itu juga yang saya sukai tentang gaya wanita Paris. Ia tidak pernah terlalu terikat pada satu formula. Ada hari dia memilih kemeja klasik dan denim, pada hari lain mungkin sesuatu yang lebih feminin atau lebih berani. Dia mencampurkan tekstur, bermain dengan proporsi dan tidak takut mengubah mood. Namun, apa pun pilihannya, sentiasa ada rasa peribadi yang menjadikannya milik sendiri. Dan ketika berada di Paris baru-baru ini, tiga gaya daripada ELLE Fashion ini menjadi pilihan saya. Mudah dipakai, mudah digayakan dan cukup versatile untuk mengikuti rentak seharian.
Look 01

Gaya pertama menggabungkan baju rajut dengan grafik berbentuk hati โCHOOSEโ dalam rona merah jambu bersama skirt midi hitam yang berlisu. Kontras antara rona ceria dan siluet yang lebih klasik menjadikan penampilan ini segar, feminin dan tetap kemas. Dipadankan dengan kasut ballet dan beg saddle, ia menjadi pilihan yang mudah untuk hari yang panjang di Paris.
Look 02

Untuk gaya yang lebih feminin, dress denim biru lembut digayakan bersama kardigan putih menghasilkan padanan warna yang segar dan seimbang. Kasut Mary Jane putih dan beg tote berstruktur melengkapkan penampilan dengan sentuhan yang lebih kemas. Saya sukakan gaya ini kerana ia cukup selesa untuk berjalan-jalan di taman, singgah menikmati kopi atau menghabiskan petang meneroka Paris.
Look 03

Daripada ketiga-tiga gaya, ini mungkin yang paling santai. T-shirt grafik โChoose Joyโ dalam rona merah jambu dipadankan dengan skirt midi denim untuk penampilan yang ringkas dan mudah. Kasut ballerina rona coklat memberikan sentuhan sporty, manakala beg tangan ungu berstruktur melengkapkan gaya playful.
Kesemua pakaian boleh didapati di cawangan ELLE Boutique di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, 1 Utama dan Sunway Velocity.







