Langgan

Yuna, Qasrina Karim & Erysha Emyra Membawa Interpretasi Baharu Koleksi Hijab LifeWear UNIQLO

Tiga wanita, tiga perspektif.
2 minit untuk membaca
Published: August 31, 2026

UNIQLO Malaysia memperkenalkan koleksi hijabnya, membawa pendekatan LifeWear yang sinonim dengan keselesaan, inovasi fabrik dan fungsi harian ke dalam satu elemen penting dalam gaya wanita Muslim. Namun, lebih daripada sekadar pelancaran tiga rekaan baharu, koleksi ini meraikan sesuatu yang lebih besar: kebebasan untuk mengekspresikan gaya mengikut cara sendiri.

Untuk menghidupkan visi tersebut, UNIQLO menghimpunkan tiga personaliti Malaysia dengan identiti yang cukup berbeza: Yuna, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.

Tiga Wanita, Tiga Perspektif

Setiap wanita mempunyai rentak hidup, personaliti dan cara tersendiri dalam membentuk gaya. Justeru, pemilihan Yuna, Qasrina dan Erysha sebagai wajah koleksi ini terasa seperti refleksi kepada kepelbagaian wanita Malaysia hari ini.

Yuna membawa identiti yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan perjalanan karier yang membawa muzik dan personalitinya ke pentas antarabangsa, penyanyi dan penulis lagu ini sentiasa dikenali kerana keberaniannya membentuk identiti sendiri termasuk melalui gaya yang cukup peribadi dan autentik.

Di sisi lain, Qasrina Karim mewakili sisi moden dan dinamik wanita generasi hari ini. Sementara Erysha Emyra pula membawa perspektif yang lebih segar, mencerminkan generasi baharu yang melihat fesyen sebagai ruang untuk bereksperimen dan menyatakan diri.

Tiga personaliti, tiga pendekatan gaya, namun berkongsi satu persamaan: keyakinan untuk menjadikan apa yang dipakai sebagai sebahagian daripada identiti sendiri.

Apabila LifeWear Bertemu Hijab

Koleksi hijab UNIQLO memperkenalkan tiga pilihan fabrik yang direka untuk memenuhi keperluan dan momen berbeza dalam kehidupan seharian.

Bagi hari yang lebih aktif, AIRism UV Protection Hijab menawarkan pendekatan paling berfungsi dalam koleksi ini. Fabriknya yang licin dan bernafas dilengkapi ciri menyerap peluh, cepat kering serta perlindungan UV. Dengan sensasi sejuk pada kulit, ia direka untuk menemani perjalanan, rutin harian dan hari-hari yang sentiasa bergerak.

Georgette Hijab pula membawa sifat yang lebih versatil. Ringan, lembut dan tidak jarang, ia menawarkan keselesaan untuk pemakaian berpanjangan tanpa mengorbankan penampilan. Sesuai digayakan dari pejabat ke aktiviti hujung minggu, ia membuktikan bahawa praktikal tidak semestinya membosankan.

Untuk momen yang memerlukan sedikit sentuhan elegan, Satin Hijab hadir dengan kemasan berkilau yang lebih sofistikated. Ringan namun tidak jarang, ia menggabungkan penampilan yang lebih kemas dengan fungsi fabrik bernafas, menyerap peluh dan cepat kering, sesuai untuk beralih daripada hari di pejabat ke acara makan malam atau majlis istimewa.

Koleksi Hijab UNIQLO kini boleh didapati di semua cawangan UNIQLO di Malaysia serta secara dalam talian.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down