Dolly Parton, ikon muzik Country yang juga tokoh kemanusiaan yang cukup dikenali dunia sebagai penyanyi, penulis lagu dan pelakon dilaporkan meninggal dunia hari ini di Nashville, Tennessee. pada usia 80 tahun. Berita yang cukup sedih ini dikongsikan oleh salah seorang ahli keluarga terapat iaitu Bryan Seaver.
Sepanjang lebih tujuh dekad bergelar anak seni yang cukup aktif tidak hanya dalam bidang muzik namun cukup dikenali sebagai pelakon filem juga aktivis kemanusiaan. Dolly Parton mula menulis lagu pertama pada usia 6 tahun dan aktif membuat persembahan secara berkala di televisyen ketika berusia 10 tahun.
Pada usia 16 tahun Dolly Parton sudah mula belajar mencipta lagunya sendiri dan pada tahun 1967 secara rasminya dia melancarkan album pertama berjudul 'Hello, I'm Dolly' dengan hit 'Dumb Blonde' yang menjadi lagu pertamanya yang memasuki carta Billboard Hot Country Hits.
Memiliki lebih 47 buah album studio keseluruhannya, dia melalui satu transisi besar lewat karier bermuzinya dengan penghasilan album 'Jolene' yang beredar pada tahun 1976 dengan hits seperti 'Jolene' dan 'I Will Always Love You' yang menjadi hit malar segarnya. Lagu 'I Will Always Love You' juga sudah dirakamkan kembali oleh penyanyi terkenal Whitney Houston sebagai kelangsungan populariti penyanyi tersebut.
Selain aktif dalam bidang muzik, Dolly Parton turut mencuri perhatian penggemar filem global dengan kemunculan di layar perak menerusi lakonan dalam filem-filem hebat seperti 'Steal Magnolias', 'Rhinestone' dan '9 to 5' yang menjadi debut kemunculan perdanyanya di Hollywood. Sejak itu, bakatnya tidak hanya terikat dalam bidang muzik tetapi mendapat pengiktirafan sebagai seorang pelakon.
Sepanjang bergelar pemuzik juga dia telah memenangi banyak trofi kemenangan di acara Grammys, American Country Awards dan Country Music Association Awards. Sehingga hari ini, Dolly Parton menjadi ikon yang memberi inspirasi kepada banyak penyanyi pelapis seperti Taylor Swift dan Miley Cyrus antaranya.

