Langgan

Vinyl Café: Pelarian Selepas Waktu Kerja Untuk Generasi 'Overstimulated'

Lebih daripada sekadar kopi dan muzik, vinyl café mendefinisikan semula cara generasi hari ini berehat!
2 minit untuk membaca
Published: April 20, 2026
vinyl record
Sumber: Instagram (@kissakiku)

We are constantly plugged in. Dari pagi hingga lewat malam, perhatian kita sentiasa ditarik ke pelbagai arah. Jadi apabila waktu bekerja berakhir, persoalannya bukan "ke mana hendak pergi" tetapi bagaimana untuk benar-benar switch off? Bagi generasi hari ini, jawapannya semakin cenderung kepada ruang yang menawarkan slowness dan quiet intention. Mari kita selami beberapa vinyl kafe yang menawarkan after-hours escape buat generasi 'overstimulated', ruang untuk memperlahankan tempo dan menikmati muzik dengan lebih intentional.

1. Eternal Vinyl Café - Sea Park

Salah satu nama yang sering disebut dalam scene ini, Eternyl menawarkan pengalaman mendengar yang lebih peribadi dengan setup turntable dan headphone di meja. Suasananya tenang, sedikit malap dan sesuai untuk solo unwinding atau catch up.

2. HiFi Cafe

Lebih kepada community listening space, HiFi Cafe menggunakan sistem audio yang berkualiti tinggi dan suasana yang terbuka. Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati muzak bersama, sambil tetap berada dalam vibe yang santai dan tidak bising.

3. People's Park Cafe

Menggabungkan elemen kafe kasual dengan sentuhan muzik, ruang ini terasa lebih laid back dan approachable. Pilihan yang baik jika ingin pengalaman vinyl yang tidak terlalu formal tetapi masih mengekalkan elemen slow listening.

4. Eternal Vinyl Café - SS18

Cawangan kedua Eternyl ini membawa DNA yang sama iaitu intimate dan calm. Lokasinya menjadikannya alternatif mudah bagi mereka di sekitar Subang untuk menikmati suasana yang serupa tanpa perlu ke PJ.

5. Kiku Cafe - Chow Kit

Kiku menawarkan suasana minimal dan lembut. Walaupun tidak seberat konsep vinyl listening sepenuhnya, ia tetap memberi ruang untuk slow moments dan sesuai untuk wind down dengan cara yang lebih tenang.

Setiap ruang ini menawarkan interpretasi tersendiri tentang rehat. Bukan sekadar tempat minum kopi, tetapi satu pengalaman untuk pause, walaupun hanya seketika.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down