The RuMa Hotel and Residences memperkenalkan Chapters of Heritage Afternoon Tea di The LIBRARI. Pengalaman ini menyatukan budaya, tradisi dan kemewahan moden dalam suasana elegan. Ia lebih daripada sekadar sesi menjamu selera. Setiap hidangan diolah sebagai satu perjalanan sensorial, penuh dengan kisah warisan dan hospitaliti terbaik.

Perpaduan Budaya dan Kemewahan Moden
Sebagai sebuah destinasi urban retreat yang terkenal dengan sentuhan warisan Malaysia, The RuMa terus menzahirkan falsafah tersebut melalui Chapters of Heritage. Identiti ini terserlah bukan sahaja pada reka bentuk tetapi juga dalam layanan dan hidangan yang ditawarkan. Afternoon Tea istimewa ini diraikan dengan pengalaman penuh makna bermula dari langkah pertama memasuki hotel sehinggalah ke detik terakhir menikmati setiap hidangan.

Pengunjung akan disambut dengan instalasi sangkar burung yang menawan dan arca Kebayaku yang memberi penghormatan kepada warisan Malaysia. Ritual pencucian tangan secara tradisional serta layanan penuh sopan menyiapkan suasana untuk satu petang yang diwarnai budaya. Kemuncaknya hadir dalam bentuk sajian manis dan savoury yang disusun indah di atas papan congkak buatan tangan iaitu simbol pertemuan antara tradisi dan kemewahan moden.

Nikmati Lima Bahagian yang Ekslusif
Menu Chapters of Heritage disusun seperti helaian kisah dan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Savoury, Sweet, Artisanal Scones, The Trolley Delights dan Artisan Chocolate Pralines. Setiap sajian memberi nafas baru kepada klasik waktu minum petang. Sentuhan Malaysia jelas melalui entremets berperisa kelapa, pandan dan gula Melaka. Scone hangat bersama kaya buatan sendiri serta marmalade oren yang dihasilkan daripada kulit oren.
Tidak ketinggalan, praline istimewa diinspirasikan daripada perisa tempatan seperti Sweet Laksa, Cendol dan Crunchy Peanut. Koleksi ini turut menampilkan praline kopi Tenom yang menyelerakan.

Promosi Eksklusif: Double the Indulgence
Bagi meraikan pelancaran ini, The LIBRARI memperkenalkan promosi istimewa Double the Indulgence. Dari 11 September hingga 10 Oktober 2025, tetamu yang hadir dengan pakaian tradisional berpeluang menikmati dua set Afternoon Tea pada harga satu. Inisiatif ini diraikan sebagai penghormatan kepada budaya serta simbol keterikatan komuniti.
Butiran Pengalaman
Pengalaman ini boleh dinikmati setiap hari dari jam 2:30 petang hingga 5:00 petang. Untuk mereka yang ingin menikmati saat istimewa seorang diri, pilihan The Prelude hadir pada harga RM158. Manakala hujung minggu pula menawarkan keistimewaan The Grand Volume untuk dua orang berharga RM348, lengkap dengan sentuhan kemewahan tambahan seperti Beef atau Salmon Wellington.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian 03 2778 0751, manakala maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi www.theruma.com.
