
Menambah keterujaan buat penggemar barang kemas, Chow Tai Fook berinovasi dengan pembukaan semula butik yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini. Berbangkit sebagai sebuah langkah strategik jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 1929 ini melebarkan horizonnya.
Menzahirkan sebuah legasi ketukangan dan inovasi jenama ini yang terus bernadi dalam merentas era berbeza, butik dengan reka bentuk baru ini disempurnakan dengan rona ikonik "Timeless Red” dan disatukan dengan warisan daripada elemen kayu yang cukup elegan mencipta kemewahan tersendiri.

Fasad merah melatari segenap ruang butik menciptakan sesuatu yang begitu sofistikated dan pada masa yang sama mengangkat warisan gemilang jenama ini dalam seni pertukangan barang kemas Timur. Ia sebuah pentafsiran semula sebuah pengalaman runcit mewah buat pelanggan.
“Kami berbangga dapat memperkenalkan kedai pertama dengan reka bentuk baharu di Malaysia, di Pavilion Kuala Lumpur, sekali gus menandakan satu pencapaian penting jenama ini di Malaysia,” kata Gabriela Ferreira, Pengurus Besar, Antarabangsa, Chow Tai Fook Jewellery Group.
Menyerikan acara pembukaan adalah kehadiran selebriti berpengaruh tempatan seperti Daiyan Trisha, Jestinna & Bella Kuan dan Josh Kua.

