Langgan

Bicara ELLE Bersama Zulvanny Andiny

Kenali wajah kreatif di sebalik gaya selebriti kegemaran anda.
2 minit untuk membaca
Published: August 27, 2026
Zulvanny
Gambar ihsan Aiman Yazid

Sebelum berdiri dengan #TheZulvannyProject, penata gaya dan perunding imej kelahiran Indonesia ini mendapat kelulusan di London College of Style. Hari ini, Zulvanny Andiny menjadi tulang belakang nama-nama besar, meraih kepercayaan ramai menerusi portfolio yang mengagumkan.

Item wajib yang mesti ada dalam beg setiap hari? 

Telefon, dompet, cermin mata hitam, cekak rambut dan penggaris bibir.

Satu produk kecantikan that you can’t live without?

Krim pelindung sinar. It’s a must!

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

Trend minimalis ‘cool girl’ era 90-an. Vibe seperti Caroline Bessette dan Olsen Twins. Saya lihat Hailey Bieber, Sophia Richie dan Kendall Jenner menggayakan trend ini sekarang.

Hailey Bieber
Gambar ihsan Instagram/ @haileybieber

Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?

Musim-musim awal siri ‘Grey’s Anatomy’ hahaha.

Muzik yang sentiasa ada dalam playlist?

R&B era milenial seperti Usher, Chris Brown dan Mariah Carey!

Aktiviti baru yang ingin diterokai?

Hiking dan trekking. I tak gemar buat aktiviti lasak, tapi tahun lalu I berjaya daki Gunung Batur di Bali dan ia terasa seperti satu pencapaian besar hahaha. Jadi, I harap I dapat teroka lebih banyak laluan trekking dan gunung di masa akan datang untuk cabar diri lagi. 

Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?

‘Ice Latte with Dirty Milk’ daripada Eight Ounce Coffee. Gotta try it!

Figura Galleria
Gambar ihsan Instagram/ @figura_galleria

Jenama lokal yang menjadi kegemaran anda ketika ini?

Figura Galleria. Kasut mule mereka paling selesa dan paling cool! Penjenamaan serta kualitinya memang sangat berbaloi untuk jenama tempatan!

Fashion rule yang anda percaya?

One statement piece at a time. You tak perlu berusaha bersungguh-sungguh, keep it simple dan tambah satu statement piece pada penampilan, dan you akan terus tampil stylish!

Definisi cantik bagi anda?

Kepercayaan diri, penjagaan diri dan ketulusan. I percaya bila you jaga diri dan jujur dalam perbuatan, kata-kata serta gaya, ia pasti akan serlahkan kecantikan diri.

Item fesyen yang paling berbaloi yang pernah dibeli?

Beg vintaj Chanel Double Flap. Such a classic fashion item! Berbaloi sebab I dapat harga menarik dari kedai vintaj di KL. Beg vintaj Chanel datang dengan logam bersalut emas 24k, yang sekarang sudah tak ada pada beg baru. Itu lah yang buat ia lebih berbaloi. Ia juga timeless, jadi I harap dapat simpan lama dan turunkan pada anak perempuan I nanti! Hahaha.

Perkara yang anda harap dapat diubah dalam industri fesyen tempatan?

Penghargaan dan juga rasa hormat kepada orang-orang yang bekerja di belakang tabir. Ini juga termasuk menghormati waktu kerja, terma dan bayaran. I rasa mereka ini patut diberi perhatian dan kredit sama seperti influencer dan selebriti.

Sesi penataan gaya bersama Levi's, gambar ihsan Instagram/@thezulvanny

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down