Langgan

#KLFW2026 Kembali Dengan Tema 'Destinasi: Tanah Air'

Edisi ke-14 Kuala Lumpur Fashion Week menampilkan koleksi terbaharu daripada lebih 50 pereka dan jenama tempatan.
2 minit untuk membaca
Published: July 29, 2026
KLFW
Gambar ihsan Kuala Lumpur Fashion Week

Acara yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar fesyen tempatan akhirnya kembali! Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) meraikan edisinya yang ke-14 dengan pentas peragaan yang lebih gah di bawah latar ikonik Menara Berkembar Petronas, bertempat di Esplanade, Taman KLCC.

Berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos, KLFW 2026 bakal menghimpunkan lebih 50 pereka dan jenama tempatan dalam meraikan kreativiti, inovasi serta evolusi industri fesyen Malaysia. Barisan pereka yang bakal menggegarkan pentas tahun ini menampilkan nama-nama tersohor seperti Rizman Ruzaini dan Fiziwoo, di samping kemunculan sulung beberapa label yang sedang mencuri perhatian seperti PLAZÄ, NanaLyana, Asyraf Arrif, inisaya by Jeffery Goh, 99%ANGEL, CDH dan EMRI. Dengan identiti serta estetika yang berbeza, setiap koleksi dijangka menyuntik dimensi baharu serta menjanjikan pelbagai momen fesyen yang mengagumkan.

KLFW
Gambar ihsan Kuala Lumpur Fashion Week

Mengangkat tema 'Destinasi: Tanah Air', KLFW 2026 meraikan warisan dan identiti Malaysia sambil membuka ruang kepada masa depan fesyen tempatan yang lebih progresif. Menurut Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan, "KLFW adalah lebih daripada siri pertunjukan fesyen. Ia merupakan satu pengalaman komuniti yang menyatukan pencinta fesyen, perintis trend dan tetamu dari serata tempat untuk berhimpun serta menyaksikan sendiri semangat, kreativiti dan bakat tempatan yang diterjemahkan menerusi setiap rekaan."

Selari dengan visi tersebut, ruang pertunjukan KLFW tahun ini turut menerima transformasi menyeluruh. Menampilkan konsep serba putih yang moden dan sofistikated, ruang acara kini hadir dengan susun atur baharu yang lebih segar dengan kapasiti sehingga 500 tempat duduk dalam formasi berbentuk jam pasir. Tetamu bakal menikmati pengalaman yang lebih imersif menerusi gabungan tempat duduk barisan hadapan, bleachers bertingkat dan zon tempat duduk yang disusun secara strategik, sekali gus menawarkan pengalaman menonton yang berbeza daripada edisi terdahulu.

Lihat kalendar penuh di bawah dan jangan lepaskan liputan eksklusif ELLE setiap hari dari barisan hadapan Kuala Lumpur Fashion Week 2026.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down