Langgan

#KLFW2026: Illusi Ugly Pretty

Perkongsian koleksi akan datang Ugly Pretty.
2 minit untuk membaca
Published: July 28, 2026
ugly pretty
Ugly Pretty di KLFW yang lepas

Apabila diminta untuk berkongsi tentang koleksi Ugly Pretty yang akan datang, Daren Yeap, pereka fesyen dan pengasas bagi jenama itu mengelak soalan. “Saya masih belum boleh berkongsi segalanya,” kata Daren sambil ketawa. Namun, sebagai teaser dia menghuraikan koleksi itu dengan tiga perkataan iaitu ‘tua’, ‘jahat’ dan ‘kecil’. Tapi sesuatu yang jelas adalah ketenangannya dalam proses membina koleksi akan datang ini. Setelah menyertai KLFW buat kali pertama tahun lepas, dia sedar atas kepentingan mengimbangi kerja dan istirahat bukan sahaja untuk diri sendiri dan pasukannya tetapi juga untuk mencapai hasil terbaik karya mereka.

Eksperimen Ilusi dan Cabaran Di Sebaliknya

ugly pretty
Daren Yeap di Studio Ugly Pretty

Untuk koleksi akan datang ini, Daren bereksperimen dengan rekaan ilusi melalui gabungan dua jenis fabrik. “Saya juga meneroka cara siluet dapat mencabar persepsi dan membuatkan orang mempersoalkan apa yang dilihat sekali pandang,” dia menjelaskan. Walau bagaimanapun, eksperimen ini membawa cabaran tersendiri. Dia tidak sangka yang memilih fabrik mengambil masa yang panjang. “Kami perlu berhati-hati tentang berapa banyak fabrik yang dibeli untuk mengelakkan pembaziran dan juga supaya tidak melebihi bajet,” katanya. “Ia lebih rumit daripada sangkaan ramai.”

Mengekalkan Identiti Ugly Pretty dalam Setiap Rekaan

ugly pretty
Ugly Pretty di KLFW yang lepas

Walaupun Ugly Pretty sering bereksperimen dengan rekaan baharu, identiti jenama masih penting bagi mereka. Sambil melihat lakaran rekaan sendiri, Daren sering bertanya, “Adakah rekaan ini menjerit Ugly Pretty?”. Pendekatan ini diteruskan juga apabila mereka helaian yang lebih komersial. Dia memastikan intipati Ugly Pretty wujud dalam helaian itu walaupun tersorok. Ini merupakan pegangan teguh bagi Daren dan sesuatu yang dia tidak boleh mempertimbangkan.

KLFW: Pentas Pengiktirafan

ugly pretty
Ugly Pretty di KLFW yang lepas

Antara pengalaman terbaik bagi Daren apabila menyertai pertunjukkan di KLFW adalah mengumpul ahli keluarga dan rakan-rakannya. “Melihat insan-insan yang telah menyokong perjalanan saya berdepan dengan koleksi itu membangkitkan perasaan yang sangat istimewa. Dia berterima kasih atas peluang yang diberi yang membenarkannya berkongsi karya dan ideanya ke tahap yang lebih meluas.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down