Langgan

Manifestasi Empat Dekad Rado Intergral

Rado menelusuri ilham penghasilan jam tangan dengan cara tersendiri.
2 minit untuk membaca
Published: July 16, 2026

Keabadian penciptaan dinilai daripada sebuah keterkaitan rekaan dengan kualiti yang diciptakan. Di sini tercipta sebuah sejarah dalam melakar sesuatu yang cukup ikonik dan ini yang menjadi paksi Rado dalam penciptaan jam tangan yang memiliki nilai cerita dan sejarah yang tersendiri.

DiaStar Anatom mula diperkenalkan pada tahun 1986 sebagai sebuah evolusi jenama ini dalam penciptaan jam tangan. Peralihan bermula pada tahun 1988 dengan penjenamaan semula menjadi Integral yang sehingga hari ini menjadi sesuatu yang cukup ikonik untuk Rado bernadi sebagai pengeluar jam tangan berkualiti tinggi.

Apa yang ditawarkan adalah sebuah paksi waktu yang berteras keselesaan, bersahaja dan berkarakter. Falsafah Integral yang melalui satu peralihan itu berlaku secara oragani. Pada tahun 1986, siluet lembut diperkenalkan sebagai sebuah harmoni baru. Keseimbangan rekaan pada bekas dan pergelangannya dibentuk sebagai sesuatu yang utuh. 

Kristal nilam mencuri perhatian, padanan paten Rado dalam rekaan bersegi menjadikan ia sebagai jam tangan yang mencermin susur waktu dan zaman ia beredar. Ia melengkap estetika rekaan dan cita rasa yang wujud ketika itu. Lantas, Integral menjadi satu manifestasi gaya setiap pencinta jam tangan. 

Brand New Integral

Bersempena dengan empat puluh tahun penghasilan Integral, satu lagu pembaharuan dilakukan dengan cukup terperinci. Teknologi menjadi paksi kepada dunia baru Integral yang mana komposisinya menjadi lebih menarik dengan mengambil semula ilham asal jam bersegi.

Falsafah rekaan harmoni dititikberatkan bagi menyatukan ilham warisan dengan kemodenan. Dicipta oleh tenaga mahir yang memahami estetika penciptaan, setiap satu daripada koleksi baru yang dicipta bergerak dalam naratif yang merentasi era dan berganti generasi. Di sini terbitlah sesuatu yang lebih elegan, moden dan pada masa yang sama kekal sebagai penciptaan berkarakter tersendiri.

Biar evolusi sentiasa ada dalam penciptaan, nadi Integral tetap berjalan pada teras yang sama. Serbuk seramik halus menjadi bahan utama yang melalui satu proses kompleks dalam memastikan ia kemas dan berketepatan tinggi. Setiap proses yang dijalankan dilakukan cukup teliti bagi menciptakan impak keselesaan yang sempurna bagi setiap pengguna. 

Bagi edisi ulang tahun ke-40, Rado melakukan penyelidikan baru namun ia masih memastikan setiap elemen penting Integral yang diperkenalkan pada tahun 1986 tetap dikekalkan. Teknik pembuatan dipertingkatkan, pesonanya lebih nyata dengan pemilihan rona hitam emas juga tatahan permata.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down