Langgan

EBA 2026: Bibir Lembut & Terpelihara Dengan Prada Beauty Balm

Temui rahsia untuk mengekalkan bibir yang lembut dan tampak sihat bermaya sehingga 24 jam.
2 minit untuk membaca
Published: July 2, 2026
Ilustrasi digital: Azriq Anwar

Berbeza dengan kulit pada bahagian lain tubuh, bibir anda tidak mempunyai keupayaan untuk melembapkan dirinya sendiri. Ketiadaan kelenjar peluh dan minyak menjadikannya lebih terdedah kepada kekeringan dan pengelupasan. Ditambah pula dengan faktor persekitaran, dehidrasi serta rutin harian yang mencabar, bibir kehilangan kelembapan hampir tiga kali lebih cepat berbanding kulit lain kerana lapisan perlindungannya yang jauh lebih nipis. Justeru, bibir memerlukan penjagaan yang bukan sahaja menghidrat tetapi juga mampu memulihkan secara berterusan.

Di sinilah Prada Beauty Balm membuktikan keistimewaannya. Menggabungkan inovasi penjagaan kulit dengan sentuhan kemewahan yang sinonim dengan Prada, rawatan bibir ini mentakrifkan semula fungsi balm bibir moden. Direka untuk memberikan keselesaan berpanjangan sehingga 24 jam, ia merupakan ritual penjagaan yang menyuburkan dan menyerlahkan kecantikan semula jadi bibir.

Prada Beauty Balm. Gambar ihsan Prada Beauty

Diperkaya dengan ekstrak bifidus dan minyak jojoba, formulanya membantu menghidrat secara mendalam sambil memperkukuh lapisan perlindungan bibir. Setiap sapuan memberikan rasa segar serta-merta, sementara penggunaan berterusan membantu memperbaiki tekstur bibir agar kelihatan lebih licin, lembut dan sihat. Bibir juga tampak lebih segar dengan rona semula jadi yang kembali terserlah, seolah-olah dipulihkan dari dalam.

Ditawarkan dalam enam rona transformatif, pilihan yang paling mencuri perhatian kami ialah Banana Balm dalam rona Banana Yellow. Warna kuningnya mencair lembut pada bibir, meninggalkan sentuhan keemasan yang halus dan menyerlahkan kehangatan semula jadi kulit. Dilengkapi dengan aroma pisang yang manis, setiap aplikasi menjadi pengalaman sensori yang memanjakan.

Apa yang benar-benar membezakan Prada Beauty Balm ialah keupayaannya mengekalkan kelembapan dan keselesaan bibir sepanjang hari. Formula kaya hidrasi ini menjadikan bibir terasa anjal, selesa dan terlindung daripada kekeringan. Teksturnya yang ringan dan licin meluncur sempurna tanpa rasa melekit atau berat. Melengkapkan daya tarikannya ialah reka bentuk refillable yang sofistikated, mencerminkan pendekatan baharu terhadap kemewahan yang lebih lestari dan bertanggungjawab.

Lihat senarai lengkap pemenang ELLE Beauty Awards 2026 di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down