Langgan

Panduan Hadiah Hari Bapa di Pavilion Kuala Lumpur

Sempena Hari Bapa 2026, Pavilion Kuala Lumpur menyenaraikan pilihan hadiah terbaik berinspirasikan love language.
3 minit untuk membaca
Published: June 5, 2026

Mendekati Hari Bapa 2026, ramai masih buntu memilih hadiah bagi insan tersayang yang sering dianggap “elusive” ini. Antara cara menangani isu ini adalah dengan memahami lima bahasa cinta atau the five love languages. Setiap orang menzahirkan kasih sayang mereka mengikut salah satu bahasa cinta ini, dan bapa anda tidak terkecuali. Pastikan kasih sayang anda dapat diterima dan dihargai sepenuhnya dengan mengikut panduan ini.

Pemberian Hadiah

Sacoor Brothers
love language
Atelier de Prestige

Antara love language yang paling jelas ialah pemberian hadiah. Bahasa cinta ini sering dapat dilihat pada bapa yang memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga. Hari Bapa merupakan peluang terbaik untuk membalas kasih sayang ikhlas yang telah mereka berikan sepanjang hidup anda. Hadiah yang bermakna bukan sekadar objek, tetapi lebih daripada itu. Sama ada pakaian baharu daripada Sacoor Brothers ataupun wangian signature seperti Atelier de Prestige, pemberian hadiah yang bermakna menandakan anda prihatin terhadap bapa anda.

Alamat:
Sacoor Brothers
- Lot 2.01.11, Level 2, Fashion Avenue, Pavilion Kuala Lumpur
Atelier de Prestige  - Lot 3.01.08, Level 3, Fashion Avenue, Pavilion Kuala Lumpur

Kata-kata Penghargaan

love language
Al Halabi Gourmet Restaurant

Tidak semua bapa meluahkan kasih sayang dengan aksi yang megah, dan jarang juga mereka meminta penghargaan sebagai balasan. Namun kadang kala, kata-kata sahaja lebih bermakna daripada sebarang hadiah. Pada Hari Bapa ini, luahkan kata-kata penghargaan atas jasa dan sokongan yang telah diberikan. Suasana di restoran boleh menjadi tempat yang sempurna untuk momen ini. Antara pilihan menarik ialah Al-Halabi Gourmet Restaurant, di mana anda boleh menikmati juadah Lebanon dan Syria sambil meluangkan masa bermakna bersama bapa anda.

Alamat:

Al Halabi Gourmet Restaurant - Lot 7.01.06 & E7.01.06, Level 7, Dining Loft, Pavilion Kuala Lumpur.

Masa Berkualiti

love language
Rado

Masa ialah antara hadiah paling berharga yang boleh kita berikan kepada insan tersayang. Dalam dunia yang dipenuhi gangguan dan kesibukan, meluangkan beberapa jam bersama bapa membawa makna yang sangat besar. Bagi melengkapkan simbol nilai masa, hadiah seutas jam daripada Rado boleh menjadi peringatan tentang detik dan memori yang dikongsi bersama.

Alamat:

Rado - Lot 2.01.04, Level 2, Fashion Avenue, Pavilion Kuala Lumpur.

Acts of Service

love language
MoRe Hair Retreat KL

Bagi sesetengah orang, love language mereka ialah tindakan khidmat. Ia bukan tentang hadiah atau kata-kata, tetapi usaha yang dilakukan untuk memudahkan kehidupan seseorang. Kita sering melihatnya pada seorang ayah yang sentiasa mengutamakan keluarga, menyelesaikan masalah tanpa diminta, dan hadir apabila diperlukan. Hari Bapa ini, balas kasih sayangnya dengan melakukan sesuatu untuknya. Di MoRe Hair Retreat KL, berikan peluang kepada ayah untuk berehat dan menikmati pengalaman penjagaan diri yang menenangkan.

Alamat:

MoRe Hair Retreat KL - Lot 7.02.04, Level 7, Beauty Hall, Pavilion Kuala Lumpur.

Sentuhan Fizikal

love language
SKG
Onecare

Antara love language yang paling ringkas, namun cukup mendalam adalah sentuhan fizikal. Bagi bapa yang telah bertahun-tahun bekerja keras dan memikul pelbagai tanggungjawab, penjagaan diri juga boleh menjadi satu bentuk kasih sayang. Di SKG, pelbagai peranti kesejahteraan seperti alat urutan leher dan terapi perkusi direka untuk membantu melegakan ketegangan harian. Sementara itu, Onecare menawarkan pilihan suplemen dan keperluan kesihatan yang mengingatkan ayah untuk turut mengutamakan kesejahteraan dirinya.

Alamat:

SKG - Lot 5.22.00, Level 5, Pavilion Kuala Lumpur.

Onecare - Lot P4.14.00, Level 4

Ganjaran Tambahan

Jangan ketinggalan juga untuk check out beberapa ganjaran istimewa yang berlangsung sepanjang bulan Jun di Pavilion Kuala Lumpur:

  • LOKA Espresso Coffee & Pairing Experience (1 – 30 Jun 2026)
    Belanja RM800 di Fashion Avenue dalam maksimum dua (2) resit dan tebus pengalaman kopi serta pairing percuma di LOKA Espresso.
  • Father’s Day Redemption Special (1 – 21 Jun 2026)
    Belanja RM5,000 dalam satu resit di specialty stores dan terima set gelas kristal eksklusif secara percuma.

Sama ada melalui hadiah, kata-kata penghargaan, masa berkualiti atau momen penjagaan diri, yang paling penting adalah membuatkan ayah berasa dihargai dan disayangi pada Hari Bapa ini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down