Langgan

Romantik Escapes Di New Zealand!

Melangkaui klise Hari Kekasih
2 minit untuk membaca
Published: February 9, 2026

Setiap kali Hari Kekasih tiba, kebanyakan pasangan cenderung memilih rutin yang sama seperti memberi bunga ros dan makan malam romantik. Namun, ada juga yang memilih untuk meraikan hari tersebut dengan cara lebih bermakna seperti mengembara dan mencipta kenangan bersama. New Zealand menawarkan pengalaman yang berbeza, di mana romantik hadir secara semula jadi melalui langit malam yang jernih, kolam mineral panas, ladang anggur yang luas serta landskap alam yang menenangkan.

Melihat Bintang & Berendam di Kolam Panas di Lake Tekapo

Di Lake Tekapo, suasananya terasa sangat perlahan dan damai. Kawasan ini terletak dalam Aoraki Mackenzie International Dark Sky Reserve, salah satu lokasi terbaik di dunia untuk melihat langit malam. Pengalaman melihat bintang di sini bukan sekadar aktiviti pelancongan, tetapi lebih kepada momen untuk berhenti seketika daripada kesibukan harian. Berendam dalam kolam air panas semula jadi sambil memerhati galaksi di langit memberikan suasana yang tenang dan hampir meditatif.

Geoterma di Rotorua & Alps Selatan

Bagi yang lebih cenderung kepada pengalaman relaksasi menyeluruh, Rotorua menawarkan gabungan elemen kesihatan dan budaya. Pengalaman spa berasaskan tradisi Māori memberi pendekatan kesihatan yang lebih holistik dan berakar kepada warisan tempatan. Di bahagian selatan pula, kawasan kolam air panas semula jadi di pergunungan menawarkan pengalaman lebih peribadi dengan pemandangan Alps Selatan yang luas dan menenangkan.

Keajaiban Malam di Redwoods Treewalk

Apabila malam menjelma di Rotorua, Redwoods Treewalk berubah menjadi pengalaman visual yang unik. Hutan redwood yang tinggi diterangi instalasi lampu artistik yang digantung tinggi di antara pokok-pokok. Laluan berjalan kaki pada waktu malam ini terasa seperti berada dalam dunia berbeza. Gabungan alam semula jadi, seni dan reka bentuk moden yang cukup memukau.

Percutian Laut Peribadi di Coromandel

Jika suasana laut lebih menarik berbanding spa atau makan tengahari mewah, Coromandel menawarkan pengalaman pelayaran yang lebih peribadi. Lawatan bot membolehkan penerokaan lokasi seperti Cathedral Cove, gua tersembunyi dan teluk terpencil. Sesuai untuk mereka yang mahukan suasana lebih santai dan jauh daripada orang ramai.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down