
Sejak diperkenalkan pada tahun tahun 1963, lilin klasik Diptyque tidak hanya bernadi sebagai sekadar lilin biasa. Ia menjadi simbol unik pada sebuah lilin beraroma ikonik, seni dalam rekaan kelalang sehingga menjadi ikon pada intergrasi elemen elegan dan prestij yang menjadikan setiap kediaman yang terisi lilin ini menciptakan sesuatu yang beraura.
Seiring waktu berjalan, lilin beraroma ini menjadi antara elemen penting dalam dunia dekorasi Diptyque. Ia bergerak sebagai cerminan semangat kebebasan dan kreativiti yang begitu dekat dengan tiga pengasas Maison ini iaitu Desmond Knox-Leet, Christiane Montadre-Gautrot dan Yves Coueslant.
Tahun ini, lilin klasik ini melalui sebuah evolusi yang lebih sofistikated, di mana sebuah transformasi yang diinspirasikan daripada visi serta kepakaran yang membentuk perjalanannya selama lebih enam dekad.
Sebuah Pentafsiran Semula
Dua tahun setelah pembukaan butik pertama di 34 boulevard Saint-Germain, Diptyque memperkenalkan lilin beraroma pertamanya yang menjadi sebuah penciptaan yang lahir daripada kecintaan terhadap seni dekorasi.
Merentasi generasi, kelalang kaca lutsinar yang ikonik dengan lilin putih bersih serta label oval hitam putih dengan tulisan artistik yang ikonik menjadikan lilin klasik ini antara objek paling sinonim dengan Diptyque. Di sebalik setiap perincian, yang diserlahkan adalah prinsip yang sentiasa menjadi tunjang Maison ini iaitu bebas namun penuh ketelitian.
Tahun ini, objek penuh karakter ini terus menghidupkan dialog harmoni antara nyalaan api dan haruman. Ia menghadirkan jeda yang mendamaikan dan satu momen interaksi yang membawa kita keluar daripada hiruk-pikuk dunia untuk menikmati keindahan yang penuh intimasi dan penuh lestari.
Di Kuala Lumpur, haruman ikonik ini bersinggahan untuk dinikmati pencinta aroma dan seni tempatan. Bertempat di Go Down Gallery sekorasi ruang gelap dinyalakan beriring keharuman lilin Diptyque. Menyempurnakan majlis turut diserikan kehadiran selebriti tempatan seperti Siti Saleha, Scha Alyahya, Awal Ashari, Kaka Azraff, Sharifah Rose, Aisha Retno dan ramai lagi.

