Langgan

Koleksi Penuh Warna IKEA PS 2026

Musim baru dekorasi ruang
1 minit untuk membaca
Published: May 18, 2026

IKEA PS 2026

Keterujaan baru IKEA sentiasa dinantikan. Terkini dengan ilham baru lebih moden dan kekinian - IKEA PS 2026 datang dengan rekaan serba segar dan menawan. Berpaksi pada fungsi dan fleksibiliti rekaan, IKEA PS 2026 menghimpunkan rekaan inovatif.

Memahami kehendak ruang terhad yang ada di kebanyakan kediaman, setiap satu produk yang diperkenalkan kali ini memiliki fungsi kepelbagaian seperti boleh dilipat, digerakkan, dilentur, disorokkan, bercahaya dan datang dengan kepenggunaan unik.

Pelancarannya di Malaysia bertepatan dengan ulang tahun ke-30 IKEA Malaysia. Lebih istimewa, Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan koleksi ini. Rangkaian penuh menampilkan 44 rekaan unik — termasuk kerusi kembung, bangku goyang, lampu lantai fleksibel, dan banyak lagi.

Keunikan Reka Bentuk

Sejak diperkenalkan pada tahun 1995, IKEA PS menjadi platform untuk meneroka idea reka bentuk dengan lebih berani. ‘PS’ bermaksud ‘postscript’ mentafsir ruang bagi idea segar, kreatif dengan reka bentuk Scandinavia moden yang dekat dengan kehidupan sebenar.

Bagi edisi 2026, seramai 12 pereka antarabangsa meneroka konsep ‘playful functionality’. Hasilnya adalah satu koleksi yang meraikan kesederhanaan dengan unsur jenaka — mengubah objek harian kepada karya yang mengundang orang ramai untuk menyentuh, mencuba dan menerokainya sendiri.

Koleksi ini berasaskan prinsip ‘Reka Bentuk Demokratik’ — falsafah bahawa reka bentuk yang baik harus seimbang dari segi fungsi, bentuk, kualiti, kelestarian dan harga rendah. Prinsip ini terus menginspirasi komuniti reka bentuk hari ini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down