
Festival Filem Malaysia kembali dengan penganjuran ke-35 tahun tahun ini. Berlangsung awal minggu ini, wakil panitia Festival Filem Malaysia mengumumkan senarai pencalonan bagi kesemua kategori utama. Dua filem mendominasi pencalonan iaitu 'Khadam' dan 'Malam Terlarang' mendominasi pencalonan bagi 12 kategori.
Malam Terlarang terbitan dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Shasha Abedul), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sofia Jane), Pelakon Wanita Harapan (Aila Azizul), Pengarah Harapan Terbaik (Labu), Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Poster Terbaik dan Kesan Khas Visual Terbaik.
Manakala filem Khadam pula dicalonkan bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Shamyl Othman), Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Karl’ El), Poster Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik/Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Mendekati rapat kedua-dua filem ini adalah karya Razaisyam Rashid menerusi filem 'Tarung: Unforgiven' dengan 10 pencalonan termasuk Pengarah Terbaik, Pelakon Harapan Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Azira Shafinaz), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Aedy Ashraf), Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, serta Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
Lebih menarik bagi penganjuran tahun ini bakal menggandingkan Afdlin Shauki dan Amelia Henderson sebagai pengendali acara yang bakal mengumumkan senarai pemenang 25 kategori bersama penyapai anugerah yang lain. Pemenang Filem Terbaik bakal membawa pulang geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta, wang tunai RM5,000, trofi serta tajaan sewaan dan penggunaan fasiliti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bernilai RM20,000.
Berikut antara pencalonan bagi beberapa kategori utama FFM tahun ini:
Filem Terbaik
Abah Saya, Uncle Mike
Mother Bhumi
Khadam
Macai
Malam Terlarang
Pengarah Terbaik
Chong Keat Aun (Mother Bhumi)
Sun-J Perumal (Macai)
Lau Kek Huat (The Waves Will Carry Us)
Razaisyam Rashid (Tarung: Unforgiven)
Shamyl Otman (Khadam)
Pelakon Lelaki Terbaik
Amerul Affendi (Libang Libu)
Beto Kusyairy (Gayong 2)
Eman Manan (3 Hajat)
Idan Aedan (Abah Saya, Uncle Mike)
Shaheizy Sam (Badak)
Pelakon Wanita Terbaik
Shasha Abedul (Malam Terlarang)
Aida Amron (Badak)
Fish Liew (Payane For An Infant)
Nad Zainal (Denu)
Mimi Lana (Polong)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Azira Shafinaz (Tarung: Unforgiven)
Pearly Chua (Mother Bhumi)
Sofia Jane (Malam Terlarang)
Sara Ali (Libang Libu)
Zarra Zhaf (Khadam)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Aedy Ashraf (Tarung: Unforgiven)
Andy Teh (Abah Saya Uncle Mike)
Kuben (Macai)
Sky Iskandar (Tarung: Unforgiven)
Wan Hanafi Su (Badak)
Cerita Asal Terbaik
Circus of Life
Khadam
Libang Libu
Macai
The Waves Will Carry Us
Lakon Layar Terbaik
Abah Saya Uncle Mike
Khadam
Macai
Mother Bhumi
Pavane for an Infant
Sinematografi Terbaik
Abah Saya Uncle Mike
Khadam
Indera
Khong Tao
Tarung: Unforgiven
Penataan Seni Terbaik
Denu
Mother Bhumi
The Waves Will Carry Us
Indera
Gayong 2

