Langgan

Momen Menarik di Watches & Wonders 2026

Berlangsung penuh prestij.
1 minit untuk membaca
Published: April 29, 2026

Seminggu di Geneva berlangsung penuh warna acara tahunan paling dinanti pencinta jam tangan. Watches and Wonders 2026 berbekas memori dengan cerita menarik penciptaan sehingga ke acaranya.

  1. Apo Nattawin antara selebriti yang mencuri perhatian. Kehadirannya mewarnai jemputan istimewa di booth Piaget
  2. Ludo Secret meraikan keanggunan abadi penciptaan ikonik Van Cleef & Arpels. Ia bernadi sebagai komitmen maison terhadap dunia mewah sejak ia diperkenalkan pada tahun 1934.
  3. Booth Rolex antara yang paling hangat di Watches and Wonders. Penciptaan ulungnya sentiasa mencuri penggemar dunia horologi. Antara tumpuan utama adalah koleksi istimewa Oyster Perpetual.
  4. Di booth Jaeger-LeCoultre satu standard baru dicipta dengan galeri yang cukup mewah disertakan juga pengalaman audio visual yang cukup imersif dan kaunter ukiran oleh artisan.
  5. Roger Federer tiba di Geneva di hari keempat Watches and Wonders. Dia hadir sebagai duta jenama Rolex.
  6. Patek Philippe membawakan pameran Rare Handcrafts 2026 bersempena Watches and Wonders tahun ini. Antara koleksi yang mencuri perhatian adalah Flamenco Pocket Watch.
  7. Ruang pameran Zenith di Watches and Wonders di Geneva menghimpunkan koleksi novelties yang paling hangat diperkatakan.
  8. Penyanyi R&B Soul, Wamen menghangatkan malam di Geneva pada acara kolaborasi Watches and Wonders bersama Montreux Jazz Festival.
  9. Usher antara selebriti yang hadir di booth Jaeger-LeCoultre. Dia juga merupakan rakan jenama.
  10. Établisseurs Galets, direka oleh Xavier J. Perrenoud sebuah dedikasi batu-batu kecil di Lac de Joux di Le Brassus. Ia menjadi penciptaan yang menjadi fokus utama Audemars Piguet tahun ini.
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down