Langgan

Terokai Seoul bersama Mile Phakphum Romsaithong & COS

Mile Phakphum meneroka Seoul bersama COS dalam gaya penuh sofistikasi dan inspirasi.
Oleh | TERJEMAHAN Sri Azni
3 minit untuk membaca
Published: April 16, 2026

“Saya suka meneroka tempat baharu setiap kali saya melancong,” kata Mile Phakphum Romsaithong sambil melemparkan senyuman ikoniknya yang memikat kepada ELLE Singapore. Kami duduk di dalam sebuah MPV mewah, merentasi jalan berliku di Hannam-dong. Di luar, kawasan elit Seoul ini dipenuhi aura gaya yang tersendiri—butik berkaca moden dan kafe rendah yang mencerminkan estetika effortless yang menjadi identiti bandar ini. Kami dalam perjalanan ke lokasi kedua untuk penggambaran video hari ini, namun bagi Mile, perjalanan itu sendiri tampak sama pentingnya dengan destinasi.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pesat hiburan Thai di peringkat global, Mile merupakan figura utama dalam landskap ini. Walaupun pelakon dan pemuzik berusia 33 tahun ini mula mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi fenomena KinnPorsche (2022), beliau terus mengembangkan portfolio lakonannya dengan projek-projek berprofil tinggi. Daripada persembahan diiktiraf dalam filem thriller period Man Suang (2023)—yang membawanya ke pentas Cannes—hingga ke projek akan datang seperti drama sejarah Shine dan The Hidden Character (2023), setiap karya memperkukuh kehadirannya di layar dengan gabungan ketenangan dan daya tarikan yang seimbang.

Kemeja; tank top; seluar; cermin mata hitam, COS.

Di luar layar, Mile turut membina reputasi kukuh sebagai ikon gaya global. Sebagai House Ambassador Dior dan tetamu tetap di barisan hadapan Paris Fashion Week, beliau memiliki keupayaan unik untuk menggabungkan sofistikasi high fashion dengan pesona rugged yang mudah didekati. Elemen inilah yang menjadikannya muse kepada pelbagai rumah fesyen warisan dan jenama kontemporari.

Pengaruhnya juga melangkaui karpet merah. Dengan peranan terbaharu sebagai mentor di The Face Men Thailand (Season 4), Mile beralih daripada wajah fesyen kepada seorang strategist berpengalaman, membimbing generasi baharu dalam memahami dunia industri.

Dual identiti ini, sebagai kuasa cinematic dan pengaruh gaya yang membawa kami ke Seoul. Dalam landskap fesyen moden, Mile mewakili peralihan ke arah maskuliniti yang lebih reflektif dan versatil, menjadikan kolaborasinya dengan COS satu keserasian yang semula jadi. Ketika ELLE bergerak di tengah bandar, kami berbual tentang kehadirannya di pertunjukan runway Spring/Summer 2026 dan bagaimana beliau mengemudi hubungannya yang sentiasa berkembang dengan gaya.

Mile Phakphum di pertunjukan fesyen COS Spring/Summer 2026 di Seoul

Ceritakan tentang gaya yang anda pilih dan bagaimana ia terbentuk?

“Untuk gaya ini, saya mahukan sesuatu yang bersih, minimal tetapi masih unik—selari dengan DNA COS. Saya fokus pada siluet dan fabrik, dan selepas mencuba beberapa pilihan, saya memilih gaya yang terasa semula jadi tetapi tetap refined dan elevated.”

Apakah hubungan anda dengan fesyen, dan apa yang ingin anda sampaikan melalui pilihan gaya anda?

“Fesyen ialah cara untuk mengekspresikan identiti tanpa perlu berkata apa-apa, mencerminkan gaya dan minat seseorang pada sesuatu fasa kehidupan. Bagi saya, fesyen membawa emosi—ia memberi keyakinan dan rasa seronok.”

Kemeja; tank top; seluar; cermin mata hitam, COS.

Apa yang paling menarik perhatian anda daripada koleksi ini?

“Saya tertarik dengan helaian tailored dalam koleksi ini—terutamanya outerwear berstruktur dan seluar yang relaxed. Ia mencapai keseimbangan antara sharpness dan kelembutan, menjadikannya sangat versatil.

Pertunjukan runway ini juga satu pengalaman yang indah. Saya berpeluang bertemu rakan industri dari seluruh dunia, yang sangat memberi inspirasi. Ia juga memberi saya pemahaman lebih mendalam tentang arah kreatif koleksi ini. Paling penting, kualiti fabrik dan fleksibiliti untuk mix-and-match adalah antara daya tarikan utama koleksi ini.”

Bagaimana anda merumuskan pengalaman di Seoul bersama COS?

“Pengalaman saya di Seoul bersama COS cukup bermakna. Bandar ini mempunyai tenaga dan gaya yang unik, dan mengalaminya bersama jenama ini menjadikannya lebih istimewa dan memberi inspirasi. Selain itu, keluarga COS sangat mesra dan welcoming. Kami berkongsi makan malam yang menyeronokkan dan bertukar inspirasi tentang fesyen dan seni.”

Blazer; shirt; jeans; cermin mata hitam; loafers; stoking, COS.

Bagaimana anda menggambarkan gaya musim panas Mile Phakphum yang tipikal?

“Gaya musim panas Mile Phakphum ialah ringan, breathable dan minimal. Fabrik berkualiti tinggi digabungkan dengan rekaan yang terasa istimewa apabila dipakai. Palet warna earth tone menambah karakter yang sederhana tetapi tetap berbeza—sama ada di bandar atau di tepi laut.”

Apa yang sedang anda usahakan sekarang, dan apa yang peminat boleh nantikan?
“Saya sedang bekerja pada beberapa projek menarik yang belum boleh saya kongsikan, tetapi banyak perkara yang akan datang. Peminat boleh menjangkakan lebih banyak watak yang pelbagai dan karya kreatif daripada saya dalam masa terdekat.”


Fotografi & Produksi Video: ODD ARCHIVES
Grooming: MOS MAMMOS

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down