Langgan

Laporan NYFW COS F/W 2025: Eksperimentasi Kontras, Material Dan Seni Pembuatan

COS di New York Fashion Week
2 minit untuk membaca
Published: September 23, 2025

Dengan kehadiran barisan selebriti Asia ternama, COS kembali buat kali keempat ke kota New York dengan mempersembahkan koleksi musim luruh/dingin 2025 di NYFW.

Sebagai penghormatan kepada rekaan yang diperhalusi, penuh pertimbangan dan relevan, COS kembali ke NYFW September ini dengan koleksi musim luruh/dingin 2025. Sebuah pementasan yang menyajikan kajian tentang kontras, material dan seni pertukangan, lantas dirakam melalui permainan ruang dan cahaya yang mencuri perhatian. 

Diadakan di Greenpoint Terminal Warehouse di tepi perairan Brooklyn, New York, pertunjukan fesyen kali ini menampilkan suasana raw dan industri yang diubah menjadi sebuah persembahan elegan nan moden. Diolah semula dalam spektrum serba putih, ruang itu menjadi pentas seni bina yang menghidupkan koleksi. Saat model melangkah dengan penuh keyakinan, kotak cahaya tergantung berubah daripada pancaran hangat dan lembut kepada putih terang yang menangkap, menegaskan keyakinan serta kemudahan bergaya dalam 47 penampilan tersendiri. Setiap satunya halus namun penuh kuasa.

Sebagai kontras kepada set lokasi, koleksi ini berlabuh pada palet sofistikated rona gelap mendalam. Dari hitam, kelabu keluli dan biru navy pekat, ia diserlahkan dengan aksen neutral. Ekspresi kreatif hadir apabila kod ikonik rumah fesyen ini dihidupkan semula melalui material mewah, tekstur dan kemasan. Serta permukaan kesan-pony, kulit lembut dan shearling diseimbangkan dengan permainan matte berlawanan kilauan, menambah kedalaman visual. Di pentas, sisipan fabrik lut sinar memperlihatkan gerakan tubuh dengan penuh lembut. Sementara corak genggang warisan diberikan sorotan pada helaian siap pakai, aksesori dan kasut. Lantas membentuk gaya ‘statement’ keseluruhan dari kepala hingga kaki.

Penyatuan Antara Struktur dan Fluidity

Menggambarkan prinsip teras jenama yang menekankan keabadian, pembuatan dan kualiti tanpa kompromi, koleksi ini menyatukan struktur dengan fluidity. Koleksi wanita meneroka siluet volum kukuh melalui selendang membalut, bentuk leher tinggi dan draping berstruktur. Pinggang yang dikepit, potongan feminin dan garis leher terbuka merujuk kepada siluet New Look era 1950-an. Manakala kepelbagaian dari siang ke malam ditafsir semula melalui helaian utama, terutamanya gaun sutera berstruktur lembut yang mentakrifkan semula keanggunan moden dengan pelbagai kemungkinan gaya. Beg dan aksesori pula menggemakan fabrikasi dan kemasan pakaian. Disempurnakan pula dengan loafers kulit licin serta sock boots yang melengkapkan siluet kontemporari.

Bagi himpunan lelaki pula, tailoring yang sarat fungsi namun inventif mengimbangi utiliti dengan inovasi. Proporsi besar dengan bahu tajam menyegarkan potongan klasik, manakala tona layering dalam fabrikasi saling melengkapi memodenkan konsep gaya set. Butiran terinspirasi sartorial, bahu berbutang epaulet, perincian poket fungsional dan seluar padanan yang menyuntik kemudahan kontemporari. Kekayaan tekstur hadir melalui basketweave knits dan permukaan chenille, membawa kehangatan dan rasa taktil. Kasut melengkapkan penampilan dengan but kulit dan kasut dalam rona sepalet. Rekaan klasik namun punya sentuhan moden.

Pertunjukan ini turut menyaksikan kehadiran barisan selebriti terkenal dari Asia dan antarabangsa. Antaranya Naomi Watts, Rosie Huntington-Whiteley, Lauryn Hill, Mika Hashizume, Lee Jun-young, Pruk Panich, Jodie Turner-Smith, Ko Hyun-joung, Tipnaree Weerawatnodom, dan ramai lagi. Masing-masing menambah pesona kepada malam yang sudah sedia gemerlapan.

Beberapa helaian terpilih daripada pertunjukan COS Musim Luruh/Dingin 2025 kini boleh didapati di butik COS dan di cos.com. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down