Langgan

Ketibaan COS SS26 di Seoul: Pandangan Sinematik Karin Gustafsson Terhadap Minimalism

Rancangan Musim Bunga/Panas 2026 COS meneroka keindahan sinematik melalui tekstur, jahitan dan pengekangan.
4 minit untuk membaca
Published: April 10, 2026
cos
(Dari kiri) Sohyun Kim, Ella, Park Gyuyoung

Seoul telah muncul sebagai salah satu pentas fesyen yang paling menarik. Sebuah kota di mana pencakar langit yang diterangi lampu neon menjulang tinggi di atas istana-istana yang berusia ratusan tahun. Khalayak ramai yang sangat terhubung dalam talian juga menikmati gaya secepat satu sentuhan di skrin mobile mereka. Di sinilah COS memilih untuk mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Panas 2026 mereka bertajuk 'Cinematic Beauty'. Sebuah pertunjukan yang meletakkan keanggunan tenang jenama itu dalam latar industri yang berani.

Bagi COS, pemilihan Seoul bukan sahaja kebetulan. Ia sebenarnya lanjutan daripada koleksi itu sendiri. Dengan sejarah berlapis dan kemodenan tanpa henti, kota ini terasa sebagai pasangan semula jadi kepada 'Cinematic Beauty'. Seperti yang dikongsikan oleh Pengarah Reka Bentuk COS, Karin Gustafsson, ketika perbualan kami, “Kami sudah ada koleksi, tema dan palet warna… dan dengan Seoul, ia tentang lokasi,” jelasnya. “Kontras industri dengan koleksi itu terasa sangat tepat. Seoul mempunyai begitu banyak sejarah, tetapi pada masa yang sama sangat moden dan gabungan itu terasa serasi.”

Dipentaskan di sebuah bathhouse terbiar di pinggir bandar, pertunjukan ini berlangsung dalam struktur yang diinspirasikan brutalist. Kolam kosong diubah menjadi landasan geometri dengan platform dan tiang yang mencipta suasana surreal dan hampir sinematik. Para model muncul melalui kabus lembut, berjalan diiringi runut bunyi yang dirakam di kesibukan sistem kereta api bawah tanah Seoul.

cos
Karin Gustafsson, Design Director di COS

Keesokan paginya selepas pertunjukan, saya menuju ke Movement Lab di Hannam-dong, sebuah galeri perabot yang diubah menjadi ruang pameran fesyen sementara yang kini menempatkan koleksi tersebut. Di hadapan saya duduk Karin tampil dalam gaya signature-nya serba hitam: T-shirt sedikit longgar dipadankan dengan seluar tailored, disempurnakan dengan kasut tumit sederhana. Penampilannya mencerminkan falsafah reka bentuknya. Terkawal dan tidak terjejas.

Dia masih memproses pertunjukan tersebut. Keputusan sebenar, katanya, memerlukan masa. Namun satu perkara pasti: “Saya berasa bangga dengan pasukan saya dan apa yang kami capai bersama,” katanya. “Banyak usaha telah dicurahkan.”

Elina Gunawardena. Look 01

Pendekatan kolaboratif ini menjadi teras strategi runway COS. Pertunjukan terdahulu mengikuti logik yang sama, termasuk di Greece di mana kuari marmar mencerminkan inspirasi draperi Renaissance dan seni bina klasik. “Kami hasilkan koleksi dahulu,” katanya ringkas. Lokasi akan mengikuti naratif.

Dalam latar yang tegas ini, koleksi mula terserlah. Direka sebagai wardrobe untuk watak-watak yang kuat, ia mengambil inspirasi daripada keanggunan abadi filem 'American Gigolo' (1980), terutamanya tailoring awal Giorgio Armani yang dipakai oleh Richard Gere ditapis melalui lensa khas COS.

cos
Dari kiri: Alexander Skarsgård, Emma Roberts dan Diego Calva

Antara yang hadir menyaksikan debut pentas peragaan di Seoul ialah bintang Hollywood Alexander Skarsgård dan Emma Roberts; jejaka popular Thailand, Mile Phakphum Romsaithong, Mika Hashizume, serta beberapa nama besar Korea Selatan termasuk Ella dari MEOVV, Seungkwan dari Seventeen, pelakon Lee Dongwook dan Park Gyuyoung; pempengaruh media sosial Irene Kim; serta pelakon Mexico, Diego Calva. Kehadiran mereka menambahkan aura glamor kepada acara tersebut dan menonjolkan daya tarikan global pertunjukan pertama COS di Seoul.

Dalam latar yang serba minimal ini, koleksi tersebut mula menyerlah. Direka sebagai helaian untuk watak-watak berkarisma, koleksi ini mengambil inspirasi daripada keanggunan abadi filem American Gigolo (1980) yang khususnya potongan awal Giorgio Armani yang digayakan oleh Richard Ger, kemudiannya ditafsirkan semula melalui perspektif khas COS.

Look 3.
Look 34.
Look 26.
Look 27.
Look 37.
Look 28.
Look 29.
Look 38.
Look 30.
Look 39.
Look 15.
Look 16.
Look 17.
Look 18.
Look 19.
Look 31.
Look 40.
Look 22.
Look 12.
Look 24.
Look 33.
Look 5.
Look 06.
Look 08.
Look 10.

Interaksi antara era 80-an dan 90-an menjadi kunci. Pakaian wanita menampilkan minimalisme yang dipermudah: siluet lebih ramping dan sensual dilembutkan dengan knit rib jarang dan draping yang mengalir manakala bahu berstruktur memberi sentuhan power dressing. Ada keakraban yang terasa relevan hari ini mengingatkan kepada gaya Carolyn Bessette Kennedy yang ringkas tetapi elegan dan terus mempengaruhi psikologi fesyen moden, sebahagiannya melalui siri mini 'Ryan Murphy Love Story: John F. Kennedy Jr. & Carolyn Bessette'.

cos

Namun tekstur adalah elemen yang memberi keunikan pada koleksi ini. “Kesan crinkle dalam sutera dan kulit sangat penting,” kata Karin. “Sudah lama semuanya terasa rata jadi kami mahu lebih kaya dengan tekstur.” Linen menjadi asas palet, muncul dalam pakaian lelaki dan wanita dengan kemasan mentah dan mudah disentuh. Warna neutral mendominasi diserlahkan dengan rona merah dan biru, sementara kelabu teknikal dan pakaian luar warna krim menambah kedalaman.

cos
Look 32.
cos
Look 36.
cos
Look 25.
cos
Look 21.
cos
Look 20.
cos
Look 14.
cos
Look 11.
cos
Look 4.
cos
Look 7.
cos
Look 9.
cos
Look 13
cos
Look 11.
cos
Look 15.

Pakaian lelaki pula mengekalkan kesederhanaan yang halus melalui tailoring santai dengan potongan lebih ramping, pakaian luar transisi dan aksen suede yang memberi rasa mewah secara senyap. Perincian functional mengukuhkan keseluruhan penampilan manakala sandal kulit lembut dan loafers melengkapkan wardrobe yang direka untuk kegunaan harian moden.

Perbualan kami kemudian beralih kepada kedudukan COS dalam landskap fesyen yang sentiasa berubah. Daripada Matthieu Blazy di Chanel hingga Jonathan Anderson di Dior, para pereka sedang mentakrif semula maison ikonik sementara Clare Waight Keller dan Jonathan Saunders menghubungkan fesyen mewah dengan arus perdana di UNIQLO dan & Other Stories. Dalam arus ini, COS kekal teguh dengan identitinya dan terus berkembang.

cos

“Sejak awal, kami mencipta ruang yang lebih kepada quiet luxury. Malah sebelum istilah itu popular,” kata Karin. “Kami lihat pelanggan semakin menghargai kualiti yang tahan lama.” Daripada mengejar trend, fokus diberikan kepada penambahbaikan. Kasymir, tailoring bulu, sutera dan kini linen, semuanya didekati dengan penekanan terhadap materialiti dan ketahanan. Antara yang menonjol musim ini ialah sutera padat bertekstur seperti denim yang membawa keselesaan dan sentuhan unik ke dalam pakaian wanita.

Apabila ditanya tentang wardrobe musim bunga/panas moden, Karin mengelak daripada terlalu kompleks. “Berpakaianlah dengan cara yang mencerminkan personaliti anda,” katanya. “Jangan sampai mengatasi diri sendiri.” Jawapannya praktikal: set mudah, terutamanya linen yang versatil tanpa mengorbankan gaya. Pakaian yang boleh bergerak dari kerja ke malam, dari satu kota ke kota lain.

cos

Naluri kesederhanaan ini juga jelas dalam bagaimana Karin membawa dirinya dalam industri. Sebagai antara wanita yang memimpin jenama global, dia memikul peranan yang membawa keterlihatan dan tanggungjawab. Nasihatnya kepada pereka muda jelas dan realistik: “Yakin dengan apa yang anda mahu lakukan. Jika anda terus berusaha dan berkembang, hasilnya akan datang. Fokus pada matlamat dan capainya langkah demi langkah.”

Dia juga jujur tentang pentingnya kesilapan. “Jangan terlalu takut untuk membuat silap,” katanya. “Mudah untuk rasa semuanya musnah bila perkara tidak menjadi, tetapi kita belajar dan teruskan.” Untuk kekal kreatif, katanya, memerlukan usaha. Masa di luar studio di pameran, pasar atau sekadar berjalan di kota sangat penting. “Jika anda tidak mendapat inspirasi, anda tidak boleh memberi inspirasi kepada orang lain.”

cos

Baru-baru ini, dia menemui ketenangan dalam menunggang kuda, satu aktiviti yang menuntut kehadiran sepenuhnya. “Ia satu-satunya masa saya tidak memikirkan perkara lain,” akuinya. Kembali ke studio, dia menggalakkan pasukannya untuk keluar, melihat dan menyerap dunia sekeliling. “Saya cuma mahu mereka mengutamakan inspirasi,” katanya.

Semua gambar ishan COS.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down